Friday, December 23, 2011

Kebuntuan

Bila bersendirian...


Bermacam persoalan dan memori bermain di fikiran. Bermacam idea terlintas dan pelbagai ilham yang ingin diungkapkan...


Lalu aku mencari sebatang pena dan meletakkan sehelai kertas kosong di hadapanku agar dapat kucoretkan apa yang terbuku di hati dan akalku.


Namun pabila jari sudahpun menggenggam sebatang pena dan sehelai kertas putih melebarkan helaiannya di hadapan mata, aku terus menjadi buntu. Mengingat kembali apa sisa baki idea yang tertinggal di benakku...


Namun segalanya hampa...


Dan kini, aku menaip tentang kebuntuan diriku sendiri...betapa bodohnya aku!


p/s: terima kasih kepada readers yg membaca post mengarut nih :p


0 comments:

Post a Comment

 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template