Monday, December 19, 2011

Memori Kopitiam

Suatu masa dahulu ade sepasang merpati sejoli yang sering berkunjung ke kopitiam ini...

Sungguh bahagia pasangan ini dari pandangan mata orang - orang yang melihatnya... Kemana sahaja pasti berdua. Ukiran senyuman sentiasa terpalit di wajah kedua - dua insan ini.

Setiap pagi hujung minggu, merpati ini sudah pun keluar mencari makanan mengalas kekosongan perut mereka. Dan di kopitiam inilah menjadi tempat mereka menikmati hidangan pagi mereka. Kadang kala, belum pun kopitiam itu beroperasi, mereka sudah pun menanti di muka pintu hadapan kopitiam tersebut dengan mengalas komputer riba masing - masing.

Si gadis sibuk mengemaskini blognya..menceritakan betapa gembiranya hidupnya manakala si jejaka itu pula sibuk menikmati hidangan yang telah ditempah. Terlalu leka menikmati juadah sehingga abis makanan si gadis itu dirembat. Apabila si gadis itu menyedari makanannya telah dirembat dan si gadis tarik muncung sedepa, si jejaka terkekeh-kekeh menahan gelak dan membuat muka comel..

Pabila si gadis menikmati kopinya,si jejaka mengamati reaksi si gadis itu dengan kusyuk. Kata si jejaka, wajah si gadis itu nmpk bsinar selepas minum kopi. Macam magik!

Tapi pada saat ini,si gadis datang semula ke kopitiam itu lagi..tapi kali ini dia bersendirian tanpa si jejaka yang sering disisinya seperti dahulu kala.

Jelas terbayang kesedihan di wajah si gadis itu dan tiada terpancar cahaya kegembiraan di wajahnya walaupun si gadis itu telahpun menghirup kopi yang biasa ditempahnya..




0 comments:

Post a Comment

 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template