Thursday, November 8, 2012

 Do u considered yourself as an animal lover?

How much do u care about the animals all around you?

Do you know about an organization called OIE?

Alhamdulillah...Aku berpeluang untuk menjadi peserta utk Third OIE Global Conference on Animal Welfare 2012 yang diadakan selama 3 hari di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Ini kali pertama aku join conference OIE. Conference  pertama diadakan di Tunisia,Conference kedua diadakan di Cairo dan yang conference ketiga diadakan di Kuala Lumpur. 

Conference kali ini dianjurkan oleh Dept.Vet Service Malaysia dan tahniah kepada dept ni kerana berjaya mengendalikan program yang bertaraf dunia ini dengan jayanya.

Banyak pengetahuan/ilmu yang aku pelajari sepanjang daripada conference ni, walaupun mungkin ada sebahagian daripada istilah - istilah yang digunakan oleh sebahagian besar delegasi-delegasi antarabangsa tersebut aku tak berapa faham. Aku bukan seorang doktor vet, tapi aku sayang dan prihatin terhadap haiwan.

 Conference keempat yang bakal diadakan pada tahun 2013 dijangka akan diadakan di Montevideo, Uruguay. Isu yang bakal diketengahkan pada tahun hadapan belum dapat dikenalpasti lagi. Amat berharap agar aku dapat meneruskan kesinambungan conference ini dari tahun ke tahun yang selanjutnya.

InsyAllah....

0 comments:

Post a Comment

 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template