Sunday, May 25, 2014

Kau Pergi Jua...

22/5/2014 - Aku tengah mandi di rumah Madiha (sleepover) pagi tu dan kedengaran deringan telefon di luar bilik mandi. Muaz yang call..nak bagitau aku yang Opah dah meninggal pagi tadi. Terdiam sejenak aku dibuatnya. Aku dah bajet nak melawat Opah kot hujung minggu ni...tapi nampaknya, ini akan menjadi pandangan dan ciuman aku untuk opah untuk kali yang terakhir. Aku pulang ke Beruas, Perak bersama Baman. Raut wajah Opah nampak begitu tenang.

Terima kasih kepada Bos Mizi kerana memberi pelepasan untuk aku menghadiri pengebumian opah. Walaupun aku dah bagitau dia yang aku kena organized meeting keesokan harinya..tapi jawapan yang diberikan kepadaku.. "forget about it!". Yang ni aku memang respect! 

25/5/2014 - Pagi ni aku dikejutkan pula dengan berita kematian Maklong. Maklong menyusuri jejak Opah menemui-Nya. Ya Allah...begitu besar ujian dan Dugaan-Mu, Ya Allah...Kami insan yang lemah menerima ketentuan-Mu dengan penuh rasa rendah diri. Semoga Hujan diakhiri dengan sinar cahaya kegembiraan... Amin

p/s: Dalam keadaan macamni, baru aku dapat menilai erti sebuah persahabatan. Terima kasih KakLong yang banyak membantu aku time aku kesedihan. Aku sayang KakLong...

0 comments:

Post a Comment

 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template