Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, March 3, 2014

Percutian ke Cameron Highlands

0 comments
Weekend lepas (1-2 Mac 2014), aku berpeluang berkumpul satu famili aku (8 orang termasuk suami isteri masing - masing & 2 of my nieces) ke Cameron Higlands. So...it is 13 of us! Quite a big number huh? Memang payah nak berkumpul cukup corumn ni since sume dah ade life masing - masing. Keje pun tak semua yang sama timing...Ayah aku pulak bukan senang nak diajak bercuti sejak dia dah komited sangat dengan kelasnya (yup...my dad is a student!).

Destinasi percutian kitorang kali ni kat Cameron Highlands. Believe it or not..kuasa seorang cucu memang mampu mencairkan hati seorang atuk. Kalau tak sebab Raisya yang ajak ayah aku gi Cameron Highlands, rasanye memang weekend aku kali tu kat umah aje la kot!

Abang booked Rose Apartment di Brinchang. Nice apertment. Memang aku recommend la tempat ni kalau nak gi bercuti sefamili kat sana. Dekat pulak dengan pasar. Nak gi jalan kaki ke pasar pun boleh uols...

Malam Sabtu, kitorang tak kuar pun. Steamboat session kat apartment sambil menonton tv. Ma aku beriya sungguh nak buat steamboat..so aku layankan aje la~

Keesokannya, kami ke Boh Tea Center, Sungei Palas. Ya Allah..sempitnye jalan nak ke tempat nih! Memang lepas ni aku tak nak dah ke situ..unless kalau aku berbasikal la..Tapi nak mengayuh sampai ke situ..memang ke laut la kot! Minum teh dengan scorn sambil menikmati udara segar di Cameron Highlands..NYAMAN!!!! 

Alhamdulillah..ayah nampak happy dengan percutian kali ni. Aku pulak? Sumpah..aku penat! But as long as my parents are happy..I'm blessed!

Monday, October 21, 2013

Nenek Amal

0 comments
Semalam aku join Amal melawat neneknya di kampung. Kampung Amal sebelah bapa.Kampungnya di Ijok, Selangor. Takde la jauh mana pun dari Sungai Buloh...rasanya tak sampai satu jam perjalanan kot!

Sampai - sampai Ijok, dah nampak nenek duduk di kerusi malas di balkoni depan sambil mata dok melilau kat pintu gate rumah.Bila nampak kereta Amal, nampak dia seakan happy. Makcik Amal yang tinggal bersama nenek cakap, nenek dok tercegat menunggu seawal pagi lagi. 

Gembira rasanya dapat berjumpa dengan nenek Amal. Nenek agak peramah orangnya. Masih gagah orangnya walaupun telah dimakan usia. Kalau tak silap, Amal cakap umur nenek dalam lingkungan 80-an. Kire jauh lagi muda dari usia arwah tok. Gigi pun masih original gitew! Takyah nak susah - susah pakai Polident...Kilauan Emas uols!


Haiihhh...Terubat rasa rinduku pada arwah Tok Nong (I still miss u,tok). Walaupun kadang - kadang tu nenek Amal bercakap dalam Bahasa Jawa (aku bukan orang Jawo weyyyhhh).

Sebelum aku dan Amal beransur pulang, makcik dan nenek bekalkan kami nasi ambeng. Mak aiiihhh...berat gile nasi ambeng yang dorang tapaukan tu. Macam nak makan 10 orang! Tapi ape - ape pun, nasi ambeng Ijok memang TERBAEK!!!!







Sunday, March 10, 2013

R.I.P Pak Ngah

0 comments

8/3/2013...

Terima SMS ayah seawal jam 4.09am. Pelik!!!biasanya ayah takkan send sms time2 mcmni, melainkan...

Yup...tepat jangkaan aku! Ayah takkan sms kami semua seawal tu melainkan ada mengkhabarkan KEMATIAN kepada kami anak-beranak.

Pak Ngah, abang kepada ma telah meninggalkan kami semua untuk selama- lamanya. Pak Ngah selama ni menderita sebab kanser paru-paru peringkat ke-4. Puncanya barangkali kerana tabiat merokoknya.

Pemergian Pak Ngah memang memberi effect yang sangat mendalam kepadaku kerana dia satu2nya pakcik belah ma yang paling aku sayang. Dia banyak membantu aku & family aku. Dia tidak pernah lokek utk menyumbangkan kudratnya membantu family aku eventhough pada masa tu dia tgh sakit. Panas terik atau hujan lebat, dia tak pernah pedulikan semua tu.

Aku masih ingat kata-kata nasihat beliau kepadaku. Kata-kata nasihat, motivasi & semngat yang dia berikan kepadaku especially di saat kejatuhanku dahulu.

Terima kasih Pak Ngah...Kami semua takkan lupakan Pak Ngah sampai bila-bila. Semoga Pak Ngah aman dan tenang di sana...




Saturday, October 27, 2012

0 comments
Smlm baru la aku berpeluang nak tgk anak sedara aku yg baru.Yup..adik kepada Raisya.Nazneen Aaminah nama dia..

Comey mcm aku...Eh?tetibe plak!

Saturday, February 11, 2012

Kelas Menjahit

0 comments
Asalannya nak pergi start belajar menjahit dengan Kak Yana..dah siap call ma dah bagitau sume tu..

Pastu ma bole plak kuarkan idea..."Ajakla Put2..sambil2 kamu belajar menjahit tu,bole dia memasak utk korang!". Terus aku call Put2 pastu n tak sangka dia pun on gak! Call Eti dia pun cakap nak dtg gak...tapi lewat sbb pagi tu dia mengajar.

Cehhh...aku cakap kat Put2 konon2 nak datang awal pagi tadi nak teman g beli barang2 dapur skali dgn Kak Yana sekali...tapi dah ralit2 minum teh o dengan bakso pagi tu, sudahnye dah nak pukul 11.00 pagi baru la aku sampai umah abang...

Dan jangkaan aku memang tepat! Arini aku tak belajar pun menjahit! Seharian dok makan2 dan melayan dak nakal Cha-Cha. Adoiiii...hyperaktif betul dak kecik sorg nih!

Lunch kitorang arini ikan selar masak kicap, sayur campur, ayam goreng yang di marinate & sotong celup tepung. Simple tapi best..Moment makan beramai-ramai dengan adik beradik tu yang wat jadi sedap sebenarnye! Dessert pulak makan red velvet cupcakes yang Kak Yana wat.

Orang lain yang cakap nak datang, orang lain plak yang muncul! Abis makan, Eti tak jugak sampai..rupe2nye dia dah cancel plak cakap xdapat nak join. Haihhh...ganti plak dgn Baman yang kebetulan bangun awal utk g kerja malam ni...

Petang tu abg bawak Miranda pergi mandi & dia tolong belikan perfume utk Miranda...Dan sekarang Miranda sgt cantik dan HARUM!!!!sukenye saye...nnt nak beli earrings, necklace n more acessories utk Miranda plak!
Red velvet cupcakes yg Kak Yana wat mmg ohsem!
Playful lil' Cha2

p/s: Hujung bulan ni, kite beli sunnies...ek Miranda sayang?hohohoho...

Wednesday, November 30, 2011

Ma...

0 comments
Aku rase...sejak ma dah pencen, ma tak pernah datang KL sensorang. Biasa ayah mesti ade skali. Gi mana2 pun mesti berdua dengan ayah.

Ntah macamana kali ni, ma datang KL sensorang. Asalnya ma turun KL sebab nak jumpe Mak Teh kitorang yang menetap kat Sarawak tu last weekend. Ma bertolak sensorang dari Kuantan ke KL naik bas ekspress Jumaat (25/11/2011) aritu jam 3.00 ptg.

Baman amik ma kat Terminal Bas Kajang ptg tu dan terus bawak ma gi pasar malam yang dekat2 dgn terminal tu. Waaahhh...sakan betul ma aku shopping kat pasar malam tu!Barang2 kat Kajang ni murah katanya...

Dan sepanjang weekend tu, aku habiskan masa aku dengan ma aku. Terasa seperti di Kuantan dan hidup terasa lebih terurus. Tiap2 malam tdo dengan ma (moment to be missed) dan bawak ma gi shopping. Bawak ma g MidValley, Gardens, EconSave, Pasar Malam Kajang n umah abg. She seems to be very happy dis whole weekend. Aku pun rase seronok gak bile ma ade kat sini.

Dan pagi ni...seawal 4.00pg lagi aku dah bangun dan bersiap2 utk ke Sepang. Awal bukan kerana nak ke pejabat..tapi sebab nak anta ma balik ke Terengganu. Flight ma jam 7.00pg.

Sekarang ni aku dah rasa mcm sumthing missing...sedey pun ade gak nih!
"I HATE SAYING GOODBYE TO MY PARENTS..."

p/s: da promise kat ma nak bawak dia gi spa nxtime dia dtg KL!hohoho...anything for u mum

Thursday, November 24, 2011

Immortals Movie

0 comments
Last night aku tgk movie ni dgn Eti & Dafi kat GSC Alamanda. Depa yang ajak aku gi tengok movie ni. Hmmm...maybe ni kire macam bday treat utk aku la kot!

Thanks to Eti & Dafi for the movie and thanks 4 d popcorn n d coke drink :)

Movie ni bagi aku menarik jugakla...macam tengok movie 300 pun ade. Aku memang suke tengok movie yang related dgn kedewaan Greek mcm Zeus, Athena, Poseidon, Medusa etc. Tambahan pulak actress dlm movie ni Freida Pinto. Haaa...lagi la aku suke,kan?

Keluar2 daripada cinema tu ntah macam mana la aku bole terhantuk kat 1 tiang kat luar Alamanda tu. GEDENGANGGGGG...gile kuat kot bunyi hantukan tuh! Otak aku pun rase mcm bergegar aje time tu.Tapi aku teruskn jugak berjalan. Malu seyh...tapi bole wat bodo aje...Sambil2 tu aku gosok2 la kepala aku. Dalam hati dah abis tiang tu aku sumpah seranah!hohoho...

p/s: Lain kali kalau berjalan jgn dok khusyuk sgt belek henpon!

Friday, November 11, 2011

8/11/2011

0 comments
Ada apa dengan tarikh nih?

Mungkin tarikh ni tarikh yg paling pekerja2 kat Malaysia ni tak berapa suke sbb dah kene start masuk kerja lepas dah bercuti Hari Raya Aidiladha tahun ni...

Tapi bagi aku, tarikh ni kire tarikh yang mungkin aku tak dapat lupekan sebab pada tarikh tu aku terlibat dengan kemalangan Jalanraya kat km 308.2 highway Sg.Besi (dekat dah dengan Serdang). Mungkin jugak tarikh ni adik aku Aiman akan ingat sampai bile2 sebab dia jugak berada di dalam insiden tu..

Masa tu, aku n Aiman otw nak balik Kajang lepas dah dropkan Arifah kat Klang Lama. Masa kejadian tu, kitorang naik kete Myvi baru Eti yang keluar lepas raya puasa baru2 nih (masih panas lg tuh!).

Dah siap isi minyak kete Eti kasi penuh n beli poweroot 2 tin yang Eti pesan tu kat Shell, kitorang pun xcited la nak teruskn pjalanan. Dah tak jauh dah tuh! Rase dlm 15min da bole sampai.

Ntah tak semena-mena, time kitorang ade kat lane paling kanan, sebuah lori balak yang ade di lane tengah menghimpit masuk lane kitorang tanpa memberi isyarat. Aiman tekan brek tapi disebabkan tindakan pemandu lori terlalu drastik n terlalu dekat dengan kete kitorang, so secara tak langsung kami berlanggar dan kete kami menghimpit divider di tengah jalan. Habis kete Eti calar n kemek kiri kanan. Pemandu lori tersebut terus memecut lorinya setelah menyedari keadaan tersebut dan terus mininggalkan kami yang masih trauma di tengah2 jalanraya tersebut.

Aku bersyukur dalam keadaan sebegitu,masih ade lagi yang masih mengambil berat pasal kami. Arifah & Joe datang. Mama n papa Joe pn ade dtg jugak. Abg yang time tu masih kat ofis lagi terus datang dan rakan yang pada hari tu baru sampai umah dari kampungnya ada jugak memberi sokongan moral kat aku.

Terima kasih kalian...

Monday, August 15, 2011

Berpuasa Dengan Opah...

0 comments
Opah n ma...
Wit my auntie...

On 13th August aritu aku berpeluang balik ke kampung ma aku kat Beruas. G kampung dengan ma, ayah & Put2. Dorang bermalam kat umah aku sehari before bertolak ke kampung...

Suasana kat Beruas memang beza gile dengan suasana kat KL. Hati rasa tenang aje bile balik kampung. Tak banyak benda2 nak pikir. Tambahan pulak ma ade di samping aku sepanjang aku kat kampung...makcik pun ada juga disisi aku. Makin membuatkan aku kuat!

Hmmm...sepanjang aku berbuka puasa dan bersahur kat kampung, makanan2 yang disajikan tak pernah menghampakan! Gulai tempoyak dan tempoyak cicah sentiasa ada!Hohoho...dah nama pun Perak,kan?Peberet aku tuh!

On 14th tu plak, makcik bawak aku berjalan kat umah Ana. Tengok baby Razin yang kuat menangis tuh! Hmmm...tapi sayang Ana plak keje time tuh!Haih~

Kemudian kitorang ke Kamdar utk cari kain lining utk baju Eti n believe it or not...tragedi 'nasi kerabu telur masin' berulang lagi...tapi kali ni versi kain ela pink plak!sayur Pak Choyyyy!!!(Adek nana..ko mesti bole agak mcmana cite dia nih,kan?)

Dan pagi tadi...kami sudah bertolak balik semula ke KL. Aku tau ma nak bermalam kat umah aku tapi nampak gaya macam ayah berkeras jugak nak balik Kuantan hari ni.Sian ma...aku dah try pujuk ayah suro stay for a night kat cni,tapi hmmm...ntah la!ayah still jugak dengan keputusan dia. So...xdapek den nolong laaa...

Dan esok, aku akan teruskan rutin harian aku seperti biasa. Bangun awal ke pejabat, masuk kuar lab n bla bla bla...tapi kenangan aku berpuasa dengan opah tetap akan aku ingat :)

Farah sayang opah!

Monday, August 8, 2011

2 comments


On 6th August 2011 tu aku tak jadi ikut Abg balik Kuantan sebab nak celebrate bday Baman. Celebrate bday tu skali dengan Anne.

Actually Anne yg dah plan nak surprise bday party utk Baman. Celebrate simple2 aje pn...gi makan kat Nandos Alamanda (Baman yg request nak mkn Nandos) dan potong bday cake..

Tak kesahla meriah tak meriah event tu pun...tapi keinginan dan kesungguhan orang tersayang nak meraikan bday kita tu yang penting,kan?
Happy Bday Baman...Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... Insyallah. Kak Parah luv u, adik :)

Sunday, May 15, 2011

Nasi Arab Cyberjaya

0 comments
Sebab ayah dok dengar sorang member dia kat Kuantan cakap ade 1 kedai nasi arab kat Cyberjaya tu sedap, so ayah jadi macam teruja nak merasa makan nasi arab tuh. Member ayah tu siap cakap lagi..."kalau anak saya nak balik Kuantan, awal2 lagi saya suro dia tapaukan 2 bungkus nasi arab tu...". Ayah bile dah dengar member cakap sampai macamtu sekali...mmg makin excited la nak merasa...kan?kononnya nasi arab yang terhebat skali kat Malaysia...kot?

Nasib baik Baman keje arini....so, time tengahari tadi, ayah dah awal2 lagi call Baman suro beli nasi arab tuh. Aku tak sure Baman bole jumpe kedai tu ke tak!sbb aku sendiri pn penah gi kedai tu sekali dan tempat tu mmg agak tersorok kot (tambah lg...aku mmg sux bab hafal jalan). Harap2 Baman dapat la jumpe kedai tu...kalo tak...mau kempunan ayah kot! Sian ayah...dia sanggup postpone nak balik Pahang tengahari tadi semata-mata nak merasa nasi arab tuh...Let's pray for Baman...harap2 dia dpt beli nasi arab tuh!

p/s: compared to nasi arab Kuantan yg penah aku makan...aku rs yg kat Kuantan tu jauh lbh best!tp sayang...tauke tu dah xniaga dah kat Pahang...)

Tuesday, April 12, 2011

Kete Baru

0 comments
Nampaknye tak lama lagi kancil aku akan bertukar tangan dengan adik bongsu aku plak...Put2. Harap2 ok la kot kete kancil aku tuh! Dah banyak dah kenangan aku dengan kete tu...since aku blaja kot! Rase kalo tak sebab kete tu, aku tak grad n bekerjaya mcm sekarang nih...Banyak jasa kete tuh! Banyak jasa kat tok aku jugak la...sebab kalo tak ade kete tu...aku xdpt nak ulang-alik dari kolej ke umah tok aku tiap2 hari :p

Semalam time balik dari kuar makan dengan ma ayah, Baman & Muaz, ayah da start tanya soklan best...

Ayah : kamu tanak tukar kete ke farah? Kalau kamu ade plan nak beli kete baru... make it fast sebab ayah nak bagi kete tu bagi Arifah pakai. Dia maybe kene dok luar tak lama lagi...

Amboi2...makin ligat la adik aku g dating kalau ade kete kan?Dan dan ayah tny aku soklan tu, aku pun terus jawab...

Farah: Memang plan nak beli kete baru...vios kot?"

Ma: (sambil sengih2 kat aku) daripada kamu beli vios...baik kamu beli Honda city!

Adoi!!!Honda City nok!"

Dok cadang2 jenis2 kete...last2 ayah cakap...

Ayah: ayah rase...kamu beli myvi aje la farah. Ayah suke kalau kamu pakai myvi...

Farah & Ma : .............

Kete target ma & aku...
tapi target musnah sebab ayah suro beli kete ni...
ok lagi ni sbb kaler pink...tapi ayah cakap beli yang kaler ini...



Farah : (hati terus hancur berkecai...xpela, pakai kancil sampai berjanggut ajela....susah sangat nak beli kete)

Monday, March 14, 2011

Stupid Joke!

0 comments
Aku suka jokes yang bole wat aku berguling-guling sampai nak pecah perut. Tapi nak wat lawak tu...berpada-pada la skit! Bukan sume bende bole dijadikan bahan utk gelak. Kalau dah rase macam tak tau nak wat lawak, nasihat aku...better stop aje from trying to make other people laughing coz sumtimes lawak yang ko rase lucu tu bole wat orang lain rase macam nak sumpit aje ko sampai mati!

Aku memang sayang gile kat family member aku. So, bile orang lain make jokes yang melibatkan family members aku, memang aku sangat sensitif la...senang cakap! Yes...korang bole cakap aku xbole dibawak bergurau tapi sorila akak abg..."DON'T MESS WIT MY FAMILY!".

So bile ade lawak yang tak berapa nak lawak cakap kat aku..."surola dia (refering to my adik) join skali (makeover). mana tau dia leh cari duit lebih kat Lrg Hj Taib".Ayat tu mmg bole wat aku bukan saje nak sumpit org, tapi rase mcm nak bakar orang idup2 pun ade...Nasib baik aku bukan jenis mulut laser. Kalau tak...mau aje aku cakap..."why dont aku bwk adik pompuan ko aje join.mana tau dia leh cari duit lebih kat mana2 hotel ke?" Hah!sakit tak ati ko?

Saturday, February 5, 2011

CNY 2011

0 comments
CNY celebration tahun ni aku balik Kuantan, Pahang. Yeayyy!!!!

Sume pun balik kampung, except Baman. He's working. On Wednesday (shari sebelum CNY),aku still keje lagi, tapi aku mintak excuse nak balik awal. Dalam kol 3.30 tu,aku dah gerak kuar dari ofis.

Pickup Tiqah kat UiTM Shah Alam dulu before heading to Kota Damansara. Dalam perjalanan balik tu,aku ade cakap kat Tiqah yang aku teringin sanagat nak makan pisang goreng n owh...kat Petronas Damansara dah start wat coffee break n cube teka ape yang dorang hidangkan?hihihihi...PISANG GORENG beb!aku sempat suro Tiqah amikkan aku teh tarik n pisang goreng dia. Wow...xsangka kan?suratan atau kebetulan nih?time tu aku mmg teringin nak makan pisang goreng plak tuh! Memang org2 Petronas sgt2 memahami aku la....hihihihi....mekasey

Sempat lagi beli laksa Penang kat dengan umah Abg tuh! Beli 2 bungkus...1 utk aku, 1 lagi utk Tiqah. Aku tatau plak Kak Yana ade kat umah. Sampai2 umah Abg, tgk Baby Raisya tgh main2 dgn anak2 jiran dalam umah n Kak Yana tgh mandi. Alamak! laksa tak cukupla Kak Yana!sori kak....

Pas mandi, Kak Yana bawak Raisya kuar. Katanya nak gi cuci kete. So, tinggal aku dengan Tiqah dok tgk tv tgk Concert CNY...Tak paham ape dorang nyanyi, tapi layan ajela sambil tunggu Abg balik.

Kitorang gerak balik Kuantan after Maghrib n sampai umah around 12+ Sampai2 umah, terus layan cite antu sorang2.Yang lain sume dah belasah tido.Tutup lampu,bukak sliding door, bukak langsir. Hihihi...suke! Memang betul2 menghayati la!

HAPPY CHINESE NEW YEAR :)

Tuesday, February 1, 2011

Hari Wilayah 2011

1 comments
Hari Wilayah dis year aku jadi malas nak keluar rumah. Tak macam tahun - tahun sebelum ni. Nak gi kuar makan pun rasa malas. So sepanjang hari ni aku totally spend my day kat dalam rumah. Do the laundry, cleaning the house, etc. sambil layan lagu.

Dah lama tak wat macamni. Memang betul2 rasa santai. Tak bukak fb n twitter sangat. Cuma update tumblr aje. Hohoho...plan nak gi packing barang2 kat ofis, tapi sebab malas nak kuar umah, aku batalkan aje hasrat murni aku tu. Hmmm...bukan ape, tibe2 aje aku rase macam menyampah nak gi masuk ofis time2 cuti ni. Tak kan setiap hari nak hirup udara ofis kan? bikin stress aje aku nanti :p

Malam palk, Eti n Dafi datang singgah umah dulu before dorang heading to Kuantan. Dorang ajak aku balik malam ni gak, tapi aku xbole sebab aku still keje esok. Nak amik EL macam sayang la plak...sebab baru awal tahun lagi ni. Sayang plak nak bazirkan cuti yang ada.

Saturday, January 22, 2011

2 comments
"Dis weekend gonna be busy wit those beloved peoples..."

Owh!!!my parents will be here too! Can't wait! So, Happy weekend guys :)

p/s: Baman tgh sonok2 kat Langkawi tu...jgn lupe bawak balik chocs utk aku ek?kalo x...jgn harap kamu dapat masuk umah!

Sunday, December 19, 2010

Hari Sabtu Bersama...

2 comments


Semalam aku spend hari sabtu aku bersama adik aku Aiman dgn aweknya, Anne. Berjalan tak hengat punyer!hohoho...dah lama aku tak merasa keluar macamni dengan adik-beradik aku (ok...aku tipu,aritu aku lepak dgn Put-put sampai kol brp ntah b4 dia g Indonesia)

Mula2, kitorang gerak ke Subang. Setelkan laundry. Sementara menunggu laundry siap, siap boleh berangan nak bukak kompeni dobi. Mmg poyo sekor2,kan?hohoho...

Siap laundry, g makan jap kat McD SS15. Aiman lapar sbb pagi tadi dia poyo makan kokocrunch aje. Mat Salleh la konon!hohoho...aku n Anne mmg awl2 lg dah bedal nasi kerabu tanpa telur masin tuh!

Pas makan, Aiman cadang nak g workshop kete, tapi cancel plak sbb dia nak g jumpe dentist. Nak tampal n scaling katanya...so,aku pun tunjuk la jalan g 1 dentist yang dekat dgn poliklinik yang aku slalu g,tapi tutup la plak...Nak tanak, sampai ke Kota Damansara kitorang mencari dentist.

Alang2 sampai KD,aku pun suro la Aiman dropkan aku kat Giant KD nak beli barang2 umah. Malas nak dok kat klinik gigi. Nnt rasa nak....hmmm....hohoho...xboleh nak cakap :p

Time kat Giant,sempat sorang abg promoter Celcom BB tahan aku n tanya aku mcm2. Dah macam inspektor polis plak abg tuh!Last2 aku nak blah,dia bagi business card dia kat aku sambil cakap "cantik mata u!" Cehhh!!!ayat membodek nak suro aku subscribe celcom BB la tuh!mcam aku tatau,kan?

Pas abis bayar kat kaunter Giant,aku didatangi plak oleh sorang lelaki sigh nama Gurmeet. Dia pun tanya aku macam2 jugak. Adoi....rasa hari Sabtu aku ni mmg hari utk jawab soklan ke ape?Dia ajak aku keje part time marketkan kid's education book.Hihihi...banyak sangat la masa aku ni,kan?Then dia bagi business card kat aku suro aku contact dia.(Hmmm...kepada sesiapa yang nak cari keje part time, bagitau aku ek?nnt aku bg no.contact Gurmeet kat korang).

Setel shopping barang rumah n Aiman setel dengan giginya, kitorang gerak ke The Curve plak. Tengok movie!Yeayyy!!! Mmg dah lama gile aku tak tengok wayang since....hmmm...rasa last time aku tgk wayang pun b4 Ramadhan kot! Tengok cite Due Date. Hihihi...cite ni mmg lawak! Terbahak-bahak aku gelak dalam wayang smlm :p


Malam kitorang gerak plak kat Selayang. Makan malam bersebelahan dengan 'pasar babi' kata Aiman. Hihihihi...sambil makan sambil memandang pasar yang berdekatan! Memang lawak la! Aiman suka makan butterprawn kat ctu. Katanya butterprawn terbaek yang pernah dia makan. Hihihi...memang sedap la tu,kot!

Pas makan, terus balik rumah. Nasib bukan aku yang drive! Kalau aku yang drive, sure aku akan drive macam Ethan Tremblay dlm cite Due Date tu kot!hihihihi....

Saturday, November 20, 2010

Brotherly Love

2 comments
Abg, Bang Jerk n Baman...the true brothers!

I'm proud of what I have right now. Yes, aku bangga n hepi ada family yang macam aku ade skrg. Care for each other. Family bonding yang sangat kuat! Mungkin beza umur kitorg xberapa beza sgt n kitorg membesar sama2, gaduh sama2, gelak sama2...sumernye pn sama2!

Macam semalam kete kancil aku rosak kat tengah jalanraya. Betul2 kat lane tengah plak tuh! Rosak kat tasik dekat Kelana Jaya. Time orang balik keje plak tuh! Siot aje! Tapi aku bole rileks aje...aku rase kalau adik aku Eti dlm keadaan aku, maybe dia nangis kot! Tapi aku bole lagi stay calm sbbnye aku percaya aku ade Abg n aku ade Aiman yg akan tolong aku. Hmmm....iya, macam biasa...Abg akan membebel dulu sblm tlg tapi aku tak kesah...sbb aku tau dia CARE!

Aiman datang dulu dgn gf dia, a.k.a soulmate aku, Anne. Bawak kete Anne. Sian Anne...tgh sedap2 tdo kene dtg tolong aku plak. Baik awek nih! Tharu aku...Aiman tolak keta aku tgh2 ujan renyai2 then ntah mcamana dia bole drive keta aku sampai ke Shell yg tdekat.

Tengah dia ushar2 enjin keta, tibe2 Siva d mechanic from Sunway Mentari datang tengok. Dia kata dia boleh tolong baiki dlm masa 45 mins. Dia check2 keta then dia cakap carburator keta ade prob. Dia kata kene ganti baru n dia estimate harga dlm RM 300+. So, ok...malas nak cari mekanik lain, aku agree aje suro dia baiki.

Time Siva g cari carburator, then abg datang. Dia mbebel lg :p hohoho...tapi dalam bebel2 tu, dia gi jugak tengok ape jadi enjin keta aku. Lame tunggu Siva datang balik, aku n Anne gi cari makan malam. Tapau McD kat Kelana Jaya.

Sampai2 kat Shell, tgk Siva dah ade. baiki punye baiki, datang plak sorg mekanik naik keta kancil modified named Along. Baik punyer sembang dengan Abg n Aiman. Hohoho...dia tolong2 jugak mana yang patut until at last, keta aku dah boleh jalan balik. Yeay!!!!!thanks Siva n Along. Korang memang hensem :p

Hmmm...Siva,45mins ek?Dari kol 6.45pm sampai 10.00+pm tu...45 mins ek?hohoho... nevermind,janji keta dah boleh gerak sampai umah abg. Bayaran kesemua untuk baiki keta semalam is RM 400. Along cakap tu harga biase laa...so Siva tu mmg seorang mekanik yang jujur. Mekasey Siva...hidung u mmg hensem. I tergoda u!hohoho...

P/S: kalau nak cari psgn hidup, carilah org yang amik berat ttg kita yang sanggup bersusah-payah utk kita juz nak pastikan kita ok :)

Sunday, October 10, 2010

Konvo Bang Jerk

0 comments
Dis weekend aku balik Kuantan. Balik semata - mata nak raikan Hari Konvokesyen adik aku Aizat. Sebelum ni, aku tak penah attend mane2 convocatian adik aku pun! Kira dis is the 1st la...hmmm...yang 2 dah tlepas, so harap2 last adik aku, Put-Put pn aku attend jugak la...insyallah!

Aizat a.k.a Bang Jerk study kat UMP jurusan Electrical Engineering. Satu2nya adik -beradik aku yang ikut jejak langkah ma n ayah! Mcm kes aku nih...kire sgt rare sbb rase mcm xde kot keturunan Tok Mat n Pandak Kidal yang amik jurusan mcm aku nih! Hohoho..bangge bangge!Tetibe aje kan!

Malam konvo tu Bang Jerk makan kat Restoran Padi. Dekat ngan umah aje pun...tapi best!makan2 sambil tengok ikan berenang2!hohoho...comel!Tengok ikan berenang sambil terbayang ikan masak 3 rasa!Lagi la berselera nak makan,kan?

Kat sini aku nak amik kesempatan skali lagi nak wish Bang Jerk CONGRATULATIONS atas graduation dia. Remember...handbag n kasut utk aku tau?*wink* Cayang Bang Jerk!!!!hohoho...

Monday, October 4, 2010

1st Weekend in Oct.2010

3 comments


Still lagi dalam bulan Syawal. Puasa still xabis lagi nih...Banyak jemputan openhouses n jamuan raya yang aku dapat, tapi tak sume yang aku pegi. Mane yang aku rase penting n aku sayang,aku gi...yang lain tu,mintak maap la yek?

Last Saturday, aku 'indirectly'disuruh berhujung minggu di luar rumah Mak Yang sebab Mak Yang sekeluarga nak gi umah Mak Tam kat Kepong (umah lame aku tuh!) sebab nak tolong Mak Tam prepare for openhouse dia on Sunday tu.

So, aku pun chalo la dari umah Mak Yang. Tatau nak ke mana nak dituju. Nak gi umah Abang, tapi rase mcm...hhhmmm...susah nak cakap! So, aku abaikan dulu soalan tidur tu. Aku terus call my younger brother ajak gi kuar ushar laptop kat Low Yat after my laptop dah selamat dihempas on Hari Raya aritu. Aku suruh Aiman bawak awek dia a.k.a gf baru aku yang sangat sempoi!
Pic Aiman,si adik n Anne,aweknya ygn sengal!hohoho...

Sebelum gi Low Yat singgah kat umah lama utk pick up brg2 aku yang masih tertinggal. Time aku sampai umah, umah tu kosong. Takde sape2 kat umah. Hmmm...tetibe hati jadi sayu sbb rasa rindu umah lama!Haih~ xpe...

Pas amik barang, kitorang terus gerak ke Low Yat. Tak beli pun laptop on dat day, juz ushar2 aje n survey laptop mana yang bakal aku rembat tak lama lagi :p

Malam tu, aku dah janji dgn Phia nak dinner sesama kat Jalan Damai. Konon nak makan kat Arab Cuisine. Tup tup, keta Phia rosak kat Cyberjaya. So, plan lokasi dinner diubah ke Cyberjaya. Hujan lebat time tuh n aku plak lambat bsiap so last2, aku, Anne n Aiman aje yg dinner bertiga kat Kitchen Village.

At last, persoalan tdo malam aku terjawab. Aku tdo kat umah Anne on Saturday night after mengeteh bersama Bear.

The next day, after breakfast at mamak wit the 3 of us, aku n Aiman gerak sama2 gi openhouse Mak Tam. Pas umah Mak Tam, aku gerak dgn ma n ayah gi umah Ayh Sop n i got the chance to meet Zulkifli Yong, the lawyer. We had a conversation n I learned a lot! Thanks pakcik! U look like Pak Tam la :p

Destination lawatan aku on dat day is UM after amik keta aku kat Umah Anne. Jumpa Put2. Actually,aku ade 1 buah umah lagi nak gi, tapi...mcm ma n ayah xbagi aje aku pegi sbb risau aku drive sorang.Hohoho...xpe la,bukan rezeki aku la tuh!

Pas jumpe Put2, ma n ayah anta aku kat umah Abg. Aku sebenarnya nak lepak lagi umah Anne sbb aku rs sgt2 njoy lepak ngan minah sengal tu,tapi aku rase mcm 1 beban plak kat dia nnt. Sian plak dia.hohoho...so malam smlm aku tdo di rumah Abg kat Kota Damansara.

P/S: Lain kali kalau nak isi minyak keta kat petrol station, makesure isi sendiri, jgn suro pump attendant yg wat sbb dorang bengong sbb dah ilangkan penutup tempat minyak tuh!Adoyai....
 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template