Showing posts with label Relatives. Show all posts
Showing posts with label Relatives. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

Kau Pergi Jua...

0 comments
22/5/2014 - Aku tengah mandi di rumah Madiha (sleepover) pagi tu dan kedengaran deringan telefon di luar bilik mandi. Muaz yang call..nak bagitau aku yang Opah dah meninggal pagi tadi. Terdiam sejenak aku dibuatnya. Aku dah bajet nak melawat Opah kot hujung minggu ni...tapi nampaknya, ini akan menjadi pandangan dan ciuman aku untuk opah untuk kali yang terakhir. Aku pulang ke Beruas, Perak bersama Baman. Raut wajah Opah nampak begitu tenang.

Terima kasih kepada Bos Mizi kerana memberi pelepasan untuk aku menghadiri pengebumian opah. Walaupun aku dah bagitau dia yang aku kena organized meeting keesokan harinya..tapi jawapan yang diberikan kepadaku.. "forget about it!". Yang ni aku memang respect! 

25/5/2014 - Pagi ni aku dikejutkan pula dengan berita kematian Maklong. Maklong menyusuri jejak Opah menemui-Nya. Ya Allah...begitu besar ujian dan Dugaan-Mu, Ya Allah...Kami insan yang lemah menerima ketentuan-Mu dengan penuh rasa rendah diri. Semoga Hujan diakhiri dengan sinar cahaya kegembiraan... Amin

p/s: Dalam keadaan macamni, baru aku dapat menilai erti sebuah persahabatan. Terima kasih KakLong yang banyak membantu aku time aku kesedihan. Aku sayang KakLong...

Saturday, December 24, 2011

Amir Bertunang

1 comments
Just wanna wish...


Selamat Bertunang wat Amir...


Cepat2 la mendirikan rumah tangga tu,ek? Time bertunang memang banyak dugaan...


Sori tak dapat join rombongan ko ke Kuala Lipis,ek?

Monday, August 15, 2011

Berpuasa Dengan Opah...

0 comments
Opah n ma...
Wit my auntie...

On 13th August aritu aku berpeluang balik ke kampung ma aku kat Beruas. G kampung dengan ma, ayah & Put2. Dorang bermalam kat umah aku sehari before bertolak ke kampung...

Suasana kat Beruas memang beza gile dengan suasana kat KL. Hati rasa tenang aje bile balik kampung. Tak banyak benda2 nak pikir. Tambahan pulak ma ade di samping aku sepanjang aku kat kampung...makcik pun ada juga disisi aku. Makin membuatkan aku kuat!

Hmmm...sepanjang aku berbuka puasa dan bersahur kat kampung, makanan2 yang disajikan tak pernah menghampakan! Gulai tempoyak dan tempoyak cicah sentiasa ada!Hohoho...dah nama pun Perak,kan?Peberet aku tuh!

On 14th tu plak, makcik bawak aku berjalan kat umah Ana. Tengok baby Razin yang kuat menangis tuh! Hmmm...tapi sayang Ana plak keje time tuh!Haih~

Kemudian kitorang ke Kamdar utk cari kain lining utk baju Eti n believe it or not...tragedi 'nasi kerabu telur masin' berulang lagi...tapi kali ni versi kain ela pink plak!sayur Pak Choyyyy!!!(Adek nana..ko mesti bole agak mcmana cite dia nih,kan?)

Dan pagi tadi...kami sudah bertolak balik semula ke KL. Aku tau ma nak bermalam kat umah aku tapi nampak gaya macam ayah berkeras jugak nak balik Kuantan hari ni.Sian ma...aku dah try pujuk ayah suro stay for a night kat cni,tapi hmmm...ntah la!ayah still jugak dengan keputusan dia. So...xdapek den nolong laaa...

Dan esok, aku akan teruskan rutin harian aku seperti biasa. Bangun awal ke pejabat, masuk kuar lab n bla bla bla...tapi kenangan aku berpuasa dengan opah tetap akan aku ingat :)

Farah sayang opah!

Saturday, May 14, 2011

Alia Kawen

2 comments
Hari ni my cousin, Alia is gettin married. Akad nikahnye malam semalam n today is the ceremony.

Alia ni anak sulung kepada adik bongsu my dad. I call my uncle Ayah Su Man. Comel aje Alia nih...juz like her dad. Kecik2 gitu n cakap pun slow aje...memang ciri2 wanita solehah! If I'm a guy,I will definitely marry her.Hohoho...

Dengar cite, bapa kepada husband Alia tu 1 tempat keje dgn Ayh Su Man n org Terengganu gak. HAMAGAD!!! don't tell me Alia kawwen ikut pilihan mak bapak dia! Tapi kalau betul pun,it's nothing to b surprised kot dlm kes dia nih?

Sebab aku tak gi wedding tu, so there won't be any pictures to be uploaded in this blog. But I bet she does look great in her big ceremony..bcause cousin saya memang cantek!hohoho...

"Selamat Pengantin Baru Alia...semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..."

Monday, April 11, 2011

Mak Yang Masuk Hospital

0 comments
Balik Kajang dari 'camping' kat umah abg semalam dalam kol 12.00pm++. Otw balik tu memang aku dah rase sakit perut semacam. So...standby 1 botol coke saiz besar yang aku beli kat 7E.

Macam yang aku dah jangka, memang sampai2 umah, aku dah flat gile! Minum air coke ckit then aku terus pengsan sampai maghrib.

Bangun2 tido, aku tengok ade miscalled yang berlambak gile masuk kat dalam hp aku. From Cu & Kak Lin. So aku call la Cu. Terkejut aku bile dapat tau yang Mak Yang masuk hospital tengahari tadi. Katanya dia terjatuh time nak angkat jemuran kat depan umah dia dan tulang bahu dia dislocate n tulang patah 4.

Astagfirullah...Mengucap panjang aku dengar cite Cu tu. Time tu aku pun tak berapa nak baik lagi...tapi aku gagahkan jugak gi melawat Mak Yang kat Hospital Serdang. Sempat lagi aku singgah Alamanda sorang2 beli buah tangan untuk Mak Yang n 2 nail colors untuk diri sendiri (buah tangan utk aku yang sakit). Jalan terbongkok-bongkok pun aku redah jugak! Tapi time pilih nail color tu...elok plak perut aku! Hohoho....

Sampai2 hospital, aku tengok lengang semacam aje hospital tu. Tade org...rupenye waktu melawat dah abis...called Kak Lin tanya nombor katil Mak Yang tapi dia cakap...skrg bkn waktu melawat...tapi aku pun tatau macamana aku bole masuk!Aku ni ade kuasa ghaib ke?sume pun tak nampak aku masuk...hohoho...kalau ade kuasa ghaib mcmtu best gak kan?hehehe...

Aku tak dok lama pun kat hospital tu...tapi aku sempat jugakla tgk doktor yang oncall tu tolong wat bandage kat lengan Mak Yang :p

Muka pucat gi melawat orang sakit kat spital...

 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template