Showing posts with label Pity. Show all posts
Showing posts with label Pity. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

R.I.P Pak Ngah

0 comments

8/3/2013...

Terima SMS ayah seawal jam 4.09am. Pelik!!!biasanya ayah takkan send sms time2 mcmni, melainkan...

Yup...tepat jangkaan aku! Ayah takkan sms kami semua seawal tu melainkan ada mengkhabarkan KEMATIAN kepada kami anak-beranak.

Pak Ngah, abang kepada ma telah meninggalkan kami semua untuk selama- lamanya. Pak Ngah selama ni menderita sebab kanser paru-paru peringkat ke-4. Puncanya barangkali kerana tabiat merokoknya.

Pemergian Pak Ngah memang memberi effect yang sangat mendalam kepadaku kerana dia satu2nya pakcik belah ma yang paling aku sayang. Dia banyak membantu aku & family aku. Dia tidak pernah lokek utk menyumbangkan kudratnya membantu family aku eventhough pada masa tu dia tgh sakit. Panas terik atau hujan lebat, dia tak pernah pedulikan semua tu.

Aku masih ingat kata-kata nasihat beliau kepadaku. Kata-kata nasihat, motivasi & semngat yang dia berikan kepadaku especially di saat kejatuhanku dahulu.

Terima kasih Pak Ngah...Kami semua takkan lupakan Pak Ngah sampai bila-bila. Semoga Pak Ngah aman dan tenang di sana...




Friday, November 9, 2012

Kisah Roti Krim Coklat Gardenia & Gigi

0 comments
Mcm susah nak pcaya aje cite ni,but dats really happened kat ofis pagi td.

Nak kata roti krim keras mcm batu,tak jugak! Sememangnye tekstur roti cap Gardenia yg lembut dan rasanya yg enak menjadi pilihan seisi keluarga, termasuklah aku (Eh?promote roti Gardenia la plak!).

Alkisahnya pagi td, sampai2 ofis aku terus terkam roti krim coklat Gardenia yang ade atas meja aku. Bukak plastikbungkusan dan terus sumbat dlm mulut. Konfiden aje aku makan roti tu dgn harapan roti tu x expired lg..

Tgh2 aku dok leka mengunyah, tetibe aku tdengar bunyi "craaacckkk". Homai...xkan ade pasir or kelikil dlm roti kot? Aku berhenti mngunyah n kuarkan ape yg ade dlm mulut..

MAAAAGGGAAAADDDD!!! I saw sumthin white frm that bunch of unswollen bread! Oh Shit!!!dat was my tooth!

Jadi gile sekajap aku tgk serpihan gg aku tu. Terus aku cari Kak Long tanya psl dentist & dia suggest aku g Klinik Pergigian Zainal kat Jalan Puchong Permai 2.

Dan sekarang, gigi aku officially bertampal. Bukan 1, tapi 2 yang ditampalnya..1 di kanan dan 1 di kiri. Kos pergigian harini RM80. Berbaloi kan?

Monday, April 11, 2011

Mak Yang Masuk Hospital

0 comments
Balik Kajang dari 'camping' kat umah abg semalam dalam kol 12.00pm++. Otw balik tu memang aku dah rase sakit perut semacam. So...standby 1 botol coke saiz besar yang aku beli kat 7E.

Macam yang aku dah jangka, memang sampai2 umah, aku dah flat gile! Minum air coke ckit then aku terus pengsan sampai maghrib.

Bangun2 tido, aku tengok ade miscalled yang berlambak gile masuk kat dalam hp aku. From Cu & Kak Lin. So aku call la Cu. Terkejut aku bile dapat tau yang Mak Yang masuk hospital tengahari tadi. Katanya dia terjatuh time nak angkat jemuran kat depan umah dia dan tulang bahu dia dislocate n tulang patah 4.

Astagfirullah...Mengucap panjang aku dengar cite Cu tu. Time tu aku pun tak berapa nak baik lagi...tapi aku gagahkan jugak gi melawat Mak Yang kat Hospital Serdang. Sempat lagi aku singgah Alamanda sorang2 beli buah tangan untuk Mak Yang n 2 nail colors untuk diri sendiri (buah tangan utk aku yang sakit). Jalan terbongkok-bongkok pun aku redah jugak! Tapi time pilih nail color tu...elok plak perut aku! Hohoho....

Sampai2 hospital, aku tengok lengang semacam aje hospital tu. Tade org...rupenye waktu melawat dah abis...called Kak Lin tanya nombor katil Mak Yang tapi dia cakap...skrg bkn waktu melawat...tapi aku pun tatau macamana aku bole masuk!Aku ni ade kuasa ghaib ke?sume pun tak nampak aku masuk...hohoho...kalau ade kuasa ghaib mcmtu best gak kan?hehehe...

Aku tak dok lama pun kat hospital tu...tapi aku sempat jugakla tgk doktor yang oncall tu tolong wat bandage kat lengan Mak Yang :p

Muka pucat gi melawat orang sakit kat spital...

Saturday, March 19, 2011

Chai yang Malang

0 comments
Yesterday was my last day berkursus utk ISO/IEC 17025 wit SIRIM. Wat praktikal auditting kat pejabat baru aku. Hmmm...aku dok satu group dgn bos baru aku n bos kat Pahang n sorang staf from Pahang. Gile boring group aku! Aku tatau berapa kali aku menguap depan bos aku time praktikal tuh! Hohoho...lantakla! Aku memang tak pandai cover!

So, abis aje kursus, aku volunteer Chai untuk anta dia ke stesen komuter. Tapi kali ni, aku anta kat stesen komuter Kajang ajela...macam hari2 kursus sebelum tu, aku anta kat Putrajaya Sentral.

Baru 3 min aku dropkan amoi tu kat stesen Kajang, amoi tu da call aku balik?Haih?takkan da rindu kat aku kot? Dengan suara menggelabah, dia cakap kat aku:

Chai: Farah...boleh kah kamu cek ada tak beg hitam saya tertinggal di dalam kereta kamu?
Aku: (cek seat sebelah) no la Chai! I dont see anything.
Chai: Beg hitam saya sudah hilang...Bolehkah kamu cek bawah seat saya?
Aku: (berhentikan kete tepi jalan sempit) ok ok...jap...i cari...

3 minit kemudian....

Aku: Chai...i cant find ur bag laaa...tak ada...
Chai: Huh! dalam tu ada ic saya...kad kredit saya juga...kamu ada mana?
Aku: Dekat2 dgn stesen tadi....
Chai: saya datang sana...kamu tunggu ya?
Aku: ok!

Sian amoi tu...aku tengok dia macam dah menangis kot dok geledah kete aku yang kecik tuh. Mulut dia macam dok mengire sumthing...tapi tatau amende la yang dia dok kire...

Puas geledah, tapi tak jumpa2 jugak. So, aku cakap kat dia..."come...i bring u to the police station". baru aku tau...amoi tu sedih gile bukan sebab ape...sebab dalam beg tu ade duit RM 500+ .Hmmm...memang kompemla amoi tu takkan jumpa balik beg itam tu kan? sah2 la orang yang jumpa beg tu bawak lari n yamseng dengan member2 dia! Duit tersepak kot!

Dalam perjalanan balik ke stesen tu, aku try nak calm her down. Aku cakap kat dia..."jangalan simpan duit dalam pouch hp. sebab hp tu antara target pencuri selain dompet". Peringatan utk diri aku jugak sebenarnye...

p/s: Kawan saya memang bercakap ikut ayat buku...
 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template