Showing posts with label Sad. Show all posts
Showing posts with label Sad. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

Kau Pergi Jua...

0 comments
22/5/2014 - Aku tengah mandi di rumah Madiha (sleepover) pagi tu dan kedengaran deringan telefon di luar bilik mandi. Muaz yang call..nak bagitau aku yang Opah dah meninggal pagi tadi. Terdiam sejenak aku dibuatnya. Aku dah bajet nak melawat Opah kot hujung minggu ni...tapi nampaknya, ini akan menjadi pandangan dan ciuman aku untuk opah untuk kali yang terakhir. Aku pulang ke Beruas, Perak bersama Baman. Raut wajah Opah nampak begitu tenang.

Terima kasih kepada Bos Mizi kerana memberi pelepasan untuk aku menghadiri pengebumian opah. Walaupun aku dah bagitau dia yang aku kena organized meeting keesokan harinya..tapi jawapan yang diberikan kepadaku.. "forget about it!". Yang ni aku memang respect! 

25/5/2014 - Pagi ni aku dikejutkan pula dengan berita kematian Maklong. Maklong menyusuri jejak Opah menemui-Nya. Ya Allah...begitu besar ujian dan Dugaan-Mu, Ya Allah...Kami insan yang lemah menerima ketentuan-Mu dengan penuh rasa rendah diri. Semoga Hujan diakhiri dengan sinar cahaya kegembiraan... Amin

p/s: Dalam keadaan macamni, baru aku dapat menilai erti sebuah persahabatan. Terima kasih KakLong yang banyak membantu aku time aku kesedihan. Aku sayang KakLong...

Tuesday, June 25, 2013

R.I.P Dr. Naza

0 comments
Al-fatihah buat Dr. Naza yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 Jun 2013 pagi yang lalu...

Allahyarham telah mengalami serangan jantung kali kedua pada pagi itu setelah pulang dari Klinik Az- Zahra bagi mendapat rawatan pada serangan pertama.

Aku bukan student Dr. Naza, bukan kenalan rapat ataupun mempunyai pertalian darah dengan arwah... tapi aku sering bermesyuarat dengan Allahyarham dan d last meeting yang aku attended, dia yang chaired kat UKM seminggu sebelum Allahyarham meninggal. He was planning to organized a seminar & he was so eager to have the event at The Everly Hotel which is located next to Alamanda Shopping Center in Putrajaya. Beriya - iya dia suro aku cari quotation from that hotel.

Tapi sayang...hajat Allahyarham tak kesampaian. Dia dah pergi dulu. Pergi tanpa dijangka dan terus meninggalkan nama dan jasa sumbangan beliau ke atas kepimpinan serta R&D yang telah dikendalikannya.

Semoga Dr. Naza tenang di sana~

source: UKM News Portal

Sunday, March 10, 2013

R.I.P Pak Ngah

0 comments

8/3/2013...

Terima SMS ayah seawal jam 4.09am. Pelik!!!biasanya ayah takkan send sms time2 mcmni, melainkan...

Yup...tepat jangkaan aku! Ayah takkan sms kami semua seawal tu melainkan ada mengkhabarkan KEMATIAN kepada kami anak-beranak.

Pak Ngah, abang kepada ma telah meninggalkan kami semua untuk selama- lamanya. Pak Ngah selama ni menderita sebab kanser paru-paru peringkat ke-4. Puncanya barangkali kerana tabiat merokoknya.

Pemergian Pak Ngah memang memberi effect yang sangat mendalam kepadaku kerana dia satu2nya pakcik belah ma yang paling aku sayang. Dia banyak membantu aku & family aku. Dia tidak pernah lokek utk menyumbangkan kudratnya membantu family aku eventhough pada masa tu dia tgh sakit. Panas terik atau hujan lebat, dia tak pernah pedulikan semua tu.

Aku masih ingat kata-kata nasihat beliau kepadaku. Kata-kata nasihat, motivasi & semngat yang dia berikan kepadaku especially di saat kejatuhanku dahulu.

Terima kasih Pak Ngah...Kami semua takkan lupakan Pak Ngah sampai bila-bila. Semoga Pak Ngah aman dan tenang di sana...




Wednesday, November 30, 2011

Ma...

0 comments
Aku rase...sejak ma dah pencen, ma tak pernah datang KL sensorang. Biasa ayah mesti ade skali. Gi mana2 pun mesti berdua dengan ayah.

Ntah macamana kali ni, ma datang KL sensorang. Asalnya ma turun KL sebab nak jumpe Mak Teh kitorang yang menetap kat Sarawak tu last weekend. Ma bertolak sensorang dari Kuantan ke KL naik bas ekspress Jumaat (25/11/2011) aritu jam 3.00 ptg.

Baman amik ma kat Terminal Bas Kajang ptg tu dan terus bawak ma gi pasar malam yang dekat2 dgn terminal tu. Waaahhh...sakan betul ma aku shopping kat pasar malam tu!Barang2 kat Kajang ni murah katanya...

Dan sepanjang weekend tu, aku habiskan masa aku dengan ma aku. Terasa seperti di Kuantan dan hidup terasa lebih terurus. Tiap2 malam tdo dengan ma (moment to be missed) dan bawak ma gi shopping. Bawak ma g MidValley, Gardens, EconSave, Pasar Malam Kajang n umah abg. She seems to be very happy dis whole weekend. Aku pun rase seronok gak bile ma ade kat sini.

Dan pagi ni...seawal 4.00pg lagi aku dah bangun dan bersiap2 utk ke Sepang. Awal bukan kerana nak ke pejabat..tapi sebab nak anta ma balik ke Terengganu. Flight ma jam 7.00pg.

Sekarang ni aku dah rasa mcm sumthing missing...sedey pun ade gak nih!
"I HATE SAYING GOODBYE TO MY PARENTS..."

p/s: da promise kat ma nak bawak dia gi spa nxtime dia dtg KL!hohoho...anything for u mum

Tuesday, September 27, 2011

Cik Amal dah Fly ke UK...

2 comments
Bile Cik Amal fly balik ke UK kali ni, aku rase sedey sgt sebab:
  1. Aku tak sempat nak spend time dengan dia saat2 terakhir dia nak balik ke sana sbb time tu aku outstation kat Langkawi;
  2. Aku tak sempat nak tdo kat umah dia like I always did;
  3. Aku langsung tak sempat bertandang ke rumah dia since dia balik Mesia for her Hari Raya Aidilfitri's holiday;
  4. Aku tak sempat nak celebrate bday Acip sama2 dgn dia;
  5. Aku tak sempat nak belanja dia tgk movie Fright Night yang dia nak sgt tgk tu; dan
  6. Yang paling aku kesal sekali aku kesal sebab aku tak dapat tengok dia fly malam tu!
Thanks Adek Nana sebab berjaya redakan tangisan kekesalan aku on dat night (ayat sastera gile seyh!)

Dari jauh aku doakan kejayaan ko, Amal...Aku sayang ko sangat2 n u r a part of me,beb...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 2011

4 comments
Nothing much to say...

Just wanna say Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan to all the Muslim's readers.

Bagi aku, Ramadhan aku kali ni memang 100% berbeza dengan Ramadhan aku yang sebelumnya dan believe it or not...aku dah tak rasa makna sambutan Hari Raya Aidilfitri pun!

Tapi takpe laa...hidup mesti diteruskan! Walau ape cubaan dan helah dunia menimpa aku pun, walau pahit macam mane pun aku mesti telan kesemuanya dan terus tersenyum!

"Happiness is yet hard to be find..."

Sunday, May 29, 2011

Keluhan Hati...

0 comments
I always fear this might be happened,
But I know that moment is real,
Only that I'm not so sure when,
The moment where I'll be 'fading away from your life',
And later...I'll be totally vanished away from your mind and your heart.

The worries is enlarging day by day,
And thinking of that bring me into tears,
Tears of being scared of being lost...

p/s: Yes...i'm already faded from your life now...I HAVE TO BE STRONG!

Wednesday, March 16, 2011

Moving On

0 comments
As I was checking my twitter timeline, I saw this quote:

"Do not try to contact your ex. If you continue to contact him and try to be "friends" with him, you will not heal..."

The quote is damn true! I called him once last month and acted like a friend, but deep in my heart I was crying as I hear his voice. And from the way he talked, he doesn't seemed to be happy about receiving my call. Well I guess he is moving on now. I should be happy for him n I have to be like him too!
 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template