Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Friday, January 31, 2014

Big Bad Wolf Is Coming Soon!

0 comments

Serigala datang lagi (dah macam iklan Tora pun ade). Kali ini dengan bola - bola api ala - ala Siti Nordiana dengan Achik Spin!

Haaa... amekaw!

Korang pernah dengar pasal Big Bad Wolf Book Sale tak? 
Rasenye bagi penggemar buku (bukan aku) memang korang dok menunggu aje event ni muncul kan? 

Haaa...event Big Bad Wolf Booksale ni akan diadakan sekali MIECC, The Mines. Rasenye setiap kali event tu pun diadakan di lokasi yang sama kot!

So uols...jangan lepaskan peluang untuk memborong buku secara berjemaah pada 15-23 Februari 2014 ni kat The Mines ek? Dah boleh la nak start wat savings duit angpau Chinese New Year tu sikit - sikit before event tu nanti, sebabnye...gaji bulan Februari kuar after the event kot! (Sangat keji...)

Wednesday, October 30, 2013

Pink October

0 comments
The happy us!From left: Kay, Hakak Ira, me & Cik Sue

October is back!
Yeaaahhh baby!!!!
It's a PINK OCTOBER!
Sempena Pink October, bukan saje Majlis Kanser Nasional (MAKNA), tapi kebanyakan agensi - agensi pertubuhan NGOs di Malaysia dan di serata dunia mengadakan Kempen Kesedaran Barah Payudara atau dalam bahasa omputihnye Breast Cancer Awareness Campaign.



Punyalah dorang nak berkempen pasal kanser payudara, sampaikan setiap tahun dorang adakan Hari Tanpa Coli (No Bra Day) yang jatuh pada 13 Oktober 2013. Haaa..kemaen sonokla mereka - mereka tu mencuci mata pada haritu...kan?Amboiiiii~
Sabtu lepas (26 Oktober 2013) bertempat di Tasik Titiwangsa, aku berpeluang untuk join Technip One Walk for Charity. Ianya merupakan salah satu kempen Pink October bersempena dengan Breast Cancer Awareness. Kira macam program ini bersekali dengan charity laa.. Kempen ini dianjurkan oleh Technip bersama MAKNA. Sambil ber'enjoy2' sambil tu jugak kita beramal! Haaaa...sambil menyelam minum air gitew!

Haaa...korang mesti tertanya-tanyakan?macamana aku boleh join event ni? Thanks to Hakak Ira! Kalau bukan sebab Hakak Ira tu staf kat Technip, jangan harapla aku dapat join event ni,ok?

Peserta cuma perlu membayar sebanyak RM 30 SAHAJA dan apa yang kitorang dapat? sehelai t-shirt, sehelai tuala muka, sebuah beg shopping kitar semula, makanan, minumam dan selebihnya adalah sedekah. Haaa...kalau yang jenis 'jimat' tu memang digalakkan sangatla join event ni.
  
Antara acara - acara yang diadakan pada hari tu adalah acara berjalan mengelilingi tasik, peraduan mewarna, face painting, pemakaian tattoo dan banyak lagi (yang lain aku tak join). Kewl gile kan? Budak - budak yang hadir juga turut diceriakan dengan kehadiran dua orang badut bersama belon. Suke betul dorang dapat belon dengan macam - macam bentuk! 
    
    Rerama hinggap dipipiku!                                               Goodluck!

But...NOT ME!!!
Actually I'm afraid of a clown T_T


     A not so happy kid with a balloon 

Wednesday, March 20, 2013

TeamWork

0 comments
Kerja division baru aku ni banyak involve dgn event. Baik event division ni mahupun event yang sepatutnya division lain yang kene handle...sume pun kitorang yang sapu. Maybe sebab kepercayaan Timbalan Ketua Pengarah (P) ke atas kredibiliti division aku keje skrg ni la kot? (He used to work in this division b4...)

Baru - baru ni TKPP handover 1 event division lain kepada division aku utk handle dlm masa 2 minggu. Event melibatkan menteri plak tuh! Mmg banyak protokol yang kene ikut..tambah plak menteri2 time mcmni sumenya tgh bz.

Pengarah aku mmg sah2 la dia tolak arahan TKPP tu sbb bg dia mmg agak mustahil utk handle tugasan adhoc mcmtu. Siap buat surat bantahan kepada Ketua Pengarah aku lg tuh! Tapi berkat kepercayaan & kegigihan KC aku utk menjayakan projek tu, so the challenge is accepted!

Daripada pemerhatian aku, aku tgk staff2 dari division yg asalnya kene handle projek ni mcm lepas tgn aje lps dorg tau yg division aku yang kene takeover keje dorg. Dengan muka tak bersalah plak tuh! Mmg dasar muka tebal mekap berkati - kati!

Aku agak bengang jugakla kat staff2 division dorg tu. Kata urusetia bersama utk event tu...tapi nampak gaya mcm division aku aje yang bersungguh - sungguh!

Keje kat division aku, banyak yang aku belajar tentang TEAMWORK! Sama - sama bersusah dan sama - sama bersenang. Aku respect gile kat Kak Long, Lucas, Zaidi, Kak U & Sayed yang rajin tulang sampai tdo pun tak cukup. On the event, mata sorg2 nampak merah mcm amik dadah! Hohoho...

Ade jugak 'urusetia' yang claimed ckp tdo jam 4pg tapi aku tatau la ape yang dia wat kat tgh2  KL tu sampaikan tdo lewat mcmtu skali...kan?

Sunday, March 17, 2013

1 Million Women Purple Walk

0 comments
Uols...watpe pagi tadi?
Pagi tadi I ber'purple walk' uols!!! Mmg healthy lifestyle gitew...kan? Sahut seruan kerajaan sgt uols!

Hohoho...sebenarnye, aku takde la nak semangat sgt pun!

Kalau bukan sbb surat rasmi Timbalan Ketua Pengarah Jabatan tempat aku bekerja tu, aku rase mungkin dok berdengkur lagi kat umah jam 6.15pg Ahad. Sebab mmg konfiden tak akan smpai Putrajaya b4 7am, aku decided nak bermalam kat umah Kak Long kat Desa Pinggiran Putra. Dengan harapan, ade org bole tlg kejutkan aku bgn kalau aku liat nak bgn pagi tu.

Alhamdulillah...kami sempat sampai ke lokasi sebelum jalan ditutup. Bangga we ols tau sampai ofis b4 6.45am tau! Ingatkan we ols sampai paling awl...sekali tgk2 Kak Timah sampai lg awl daaa...

Event 1 Million Women Purple Walk anjuran Kementerian Pembangunan Wanita & Pembangunan Masyarakat pada pagi td dimulakan dgn aktiviti senaman aerobik (betul-betul gaya hidup sihat,kan?).

 Setibanya Dato' PM & TPM ke lokasi, acara berjalan kaki pun bermula. Siap ade band pancaragam & cheerleading lagi tuh! Memang meriah! 

Acara dah ok...tp part makanan tu mcm agak kureng ckitla. Menu pagi yang aku dapat pagi & tengahari tu nasi putih+ayam masak merah+sayur tumis. Menu utk vegetarian pun ade uols! Alhamdulillah la kerajaan nak sponsor makanan, tapi sayang, nasinya mentah dan sayur utk lunch tu rasanye mcm dah basi. Aku dgr cite caterer yang masak utk event ni charged RM 8/pax. Tapi RM 8 utk nasi putih yg agak mentah n lauk yg basi...mcm tak berbaloi kan?Kalau yg part vegetarian food tu lagi la! 

Nasi putih+sayur basi+tempe goreng yg ciput+air mineral= RM 8????

Biar betul!

p/s: harap2 takde la we ols d semangat ladies bercamping beramai2 kat hospital sbb keracunan makanan,kan?







Thursday, November 8, 2012

0 comments
 Do u considered yourself as an animal lover?

How much do u care about the animals all around you?

Do you know about an organization called OIE?

Alhamdulillah...Aku berpeluang untuk menjadi peserta utk Third OIE Global Conference on Animal Welfare 2012 yang diadakan selama 3 hari di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor.

Ini kali pertama aku join conference OIE. Conference  pertama diadakan di Tunisia,Conference kedua diadakan di Cairo dan yang conference ketiga diadakan di Kuala Lumpur. 

Conference kali ini dianjurkan oleh Dept.Vet Service Malaysia dan tahniah kepada dept ni kerana berjaya mengendalikan program yang bertaraf dunia ini dengan jayanya.

Banyak pengetahuan/ilmu yang aku pelajari sepanjang daripada conference ni, walaupun mungkin ada sebahagian daripada istilah - istilah yang digunakan oleh sebahagian besar delegasi-delegasi antarabangsa tersebut aku tak berapa faham. Aku bukan seorang doktor vet, tapi aku sayang dan prihatin terhadap haiwan.

 Conference keempat yang bakal diadakan pada tahun 2013 dijangka akan diadakan di Montevideo, Uruguay. Isu yang bakal diketengahkan pada tahun hadapan belum dapat dikenalpasti lagi. Amat berharap agar aku dapat meneruskan kesinambungan conference ini dari tahun ke tahun yang selanjutnya.

InsyAllah....

Monday, September 17, 2012

0 comments
Aku tau event ni dah berlaku dua minggu lepas..dah basi pn cite ni,tapi peduli ape,kan?its my story anyway! hohoho..

Mungkin rase excited sangat nak cite sbb this is my first time makan kat situ kot?

Ok laaa...back to the story...
Last 2 Friday (7/9/2012) yang lalu, pas abis keje aku terus gerak ke Midvalley, Bangsar. Walau jammed macamana pun, tetap kuredah semata-mata nak teman Hakak Ira g openhouse (errrr...should i say OPENOFFICE?) office lama dia kat Boulevard Hotel, Bangsar. Siyes cakap...aku mmg tak suka nak drive ke tempat2 mcmni especially bile aku tau tempat ni mmg sesak yg amat mcm Jem Strawberi! Lenguh weyyhhhh...kalau aku ade driver pn, aku takkan suro driver aku drive aku ke situ sbb aku tau aku akn menambah dosa mulut aku. Hohoho...

Hmmm...aku patut cakap, this is my first time aku makan kat Hotel Boulevard n dis is my first time attend jamuan hari raya yang menghidangkan makanan-makanan barat! So cite dia, mmg aku tak berapa nak merasa kepuasan berhari raya di situ la memandangkan aku ni bukanla penggemar masakan barat. 

Yang mampu membuatkan aku rasa happy time tu mungkin asparagus soup & mushroom soup dia yang sedap tu la kot?N definitely my hakak-hakak yang fabulous *Wink Wink*

Dan for the first time jugak, aku berpeluang jumpa dgn family ex-boss hakak yang selalu hakak cite kat aku. Kulihat anak lakinya, kulihat bapanya dan kulihat ibunya...and i was liked..."HOLLY SHITTTTTT!!!!!! #%*$#@$%^+=#@".(Ok Lola...enuff said)


Me with hakak2 yang fabulous

I luv u Hakak Ira

Friday, February 24, 2012

0 comments
Pagi tadi time dok makan bfast kat pantry, member2 ofis aku yang join makan tu dok cakap2 pasal ceramah agama kat FAMA.

Ntah macamana, tergerak plak hati aku nak join ceramah tu. Pelik kan? Biasa bile ada ceramah-ceramah agama, tak pernahnye aku beriya-iya nak i...tapi kali ni, aku plak yang dok ajak2 member2 ofis yang lain g skali dgr.

Jam 10pg, kitorang terus bertolak ke Bangunan FAMA. Penceramah pada harini berasal dari Pattani dan bahasa yang digunakan beliau sudah bercampur-campur dengan dialek Kelantan dan Indonesia. Menurut cerita beliau, beliau telah banyak merantau untuk mempelajari dan menyebarkan ajaran Islam dan Alhamdulillah...pada hari ini, Allah S.W.T memberi hidayah kepada Aku untuk menerima ilmu yang disampaikan oleh beliau dengan hati yang lapang.

Pada akhir pembelajaran pada pagi itu, beliau membacakan doa dan meminta kami semua untuk sama - sama berdoa supaya apa yang dihajati akan tercapai. Pada saat doa itu dibacakan, fikiranku hanya teringatkan ma ayah dan keluargaku dan mereka2 yang rapat denganku.

Semoga doaku didengari oleh-Nya dan dimakbulkan...

Amin...

Tuesday, February 21, 2012

Happy Birthday Hakak Ira pt.2

0 comments
The celebration did happened at Tony Roma's Mid Valley...Thanks to Hakak Lily yang membelanja kami. This is the first time I met her and tetibe rase mcm nak nyanyi sambil menari lagu Lovestruck yang Hakak Ira suke tuh la tu jugak!hohoho...My God!she's pretty like Hakak Ira,man!(Kepada jejaka2 di luar sana yang masih single dan sedang mencari pasangan hidup, sila hubungi saya utk mengetahui lebih lanjut mengenai hakak2 saya yang hot ini,ya?
Thought it was gonna be like a SATC hangout wit 4 hot ladies, but it turns up to be like a Powerpuff hangout! (Hohoho...ok, Powerpuff tu dah mcm tlampau kanak2 sgt..Charlie's Angels hangout sounds better!). Sarah couldnt make it because her mother was unwell. Hmmm..kecewa sikit la sbb tak berapa nak SATC..tapi xpe la! CA pun CA laaa...howt babes gak tu kan?(yang hot babes tu hakak2 i aje,ek?excluding me...)











Amboiii...bile dah masing2 bkumpul, jadi macam2 la gossips yang kuar n of course la table kitorang yang paling banyak gelak! Gelak plak bukan jenis yang jenis gelak2 ayu..mmg 1 bar tu pun bole dengar! Hohoho...

Thanks to Abg2 TR yang datang reramai bawak bday cakes sambil menyanyi Bday Song utk Hakak Ira, especially brader yang byk melayan karenah kitorang bertiga nih! Hohoho...u guys mmg best la!
Thanks Abg TR sbb tolong snapkan pic gediks kami...

Monday, February 20, 2012

Happy Birthday Hakak Ira

0 comments
Aku rasa mcm excited sangat harini sebab...

Today is my beloved Hakak Ira Bday!!!!
Gonna celebrate it tonight wit d ladies!Yeaaaayyyyyyy!!!!

SATC hangout tonight yawwww!hohoho...
More stories will be updated after the hangout ;)

p/s: aku bole agak mcm mlmni byk aje gossips will b told!hohoho...

Saturday, December 24, 2011

Amir Bertunang

1 comments
Just wanna wish...


Selamat Bertunang wat Amir...


Cepat2 la mendirikan rumah tangga tu,ek? Time bertunang memang banyak dugaan...


Sori tak dapat join rombongan ko ke Kuala Lipis,ek?

Monday, December 5, 2011

Abg Cantik's Big Day pt.2

0 comments
Keesokannya, awal2 pagi lagi kami (aku, hakak n Abg Suparman) dah bersiap2 nak ke rumah Abg kepada pengantin lelaki kat TUDM Subang. Cehhh..bajet nak breakfast dulu before gi rumah Abg tu, tapi sebab dah tersesat n pusing2 punyer pasal, so kitorang breakfast aje kat umah Abg tu...

Pas makan bihun goreng n rollcake, Abg Suparman pun join Abg Cantik bersiap2. Dia jadi bridesmaid utk Abg Cantik. The sexiest bridesmaid katanye...hohoho...(seksi ke?)

Harini skali lagi Abg Cantik wat 'moment' bile time nak pakai baju Melayu color lightblue tu, bole plak baju tu xmuat! Adoiii...abis kecoh 1 umah Abg tu..cepat benor badan Abg Cantik naik! Bahagia sgt lettew~

Haaa...nasibaik ade 1 baju melayu yg agak gelap ckit yg bole matching dgn kaler suar baju melayu yg xmuat tu. So kesudahannya...Abg Cantik pakai baju melayu kaler lain n suar plak kaler lain..

Ade sedikit kelainan di situ but u still rocks Abg Cantik!!!

STEAAADDDYYYY


Sunday, December 4, 2011

Abg Cantik's Big Day pt.1

0 comments

Harini bakal menjadi hari paling bersejarah wat Abg Cantik dan Ekyn.

Dengan sekali lafaz dan bersaksikan 4 org saksi d Masjid An-Nur Kg Subang,maka dgn itu berakhirlah zaman bujang Abg Cantik dan Ekyn..

Waaahhh...kemaen lg abg cantik senyum lebar pas akad nikah tu td.Sampaikan confident abis dia solat sunat akad nikah tanpa berwudhuk terlebih dahulu. Dah siap sarung cincin kat jari Ekyn,siap salam2 n cium pipi Ekyn terus g kat depan masjid wat solat sunat. Erkkk?bukan aku,hakak n suparman yg pelik,tapi tok kadi pun dah mcm blur dgn keadaan ni!hohoho..bile suparman tegur abg cantik psl ni after dia abis solat, abg cantik dgn confident je ckp "eh!belum jatuh lg..belum jatuh".hohoho..muke confident abis tuh!

Time minum petang kat umah pengantin perempuan, sekali lg Abg Cantik make a 'moment'bile dgn gaya confidentnye menjemput kami tetamu mkn kuih koci sambil berkata "jemputla mkn tapai ni.."hohoho..tergelak besar bapak Abg Cantik bile dgr ank dia ckp cenggitu. Siap bole bahan plak anak dia pas tuh! Gile sempoi pakcik nih!

Adoiii...confident level Abg Cantik mmg tinggi dowh...

Thursday, November 24, 2011

The Female Cover Model Search Final 2011

2 comments
Sebabkan event ni aku sanggup apply cuti seminggu awal sebelum 'd day' (22/11/2011)...

Disebabkan event ni jugak, aku sanggup perabih duit utk wat hair treatment kat saloon (actually mmg dah sampai tempoh utk wat treatment pun!). Punye la bersemangat waja aku nak join the event la kan?hohoho...

The event was held at G Six Club at The Gardens at 7.30pm (tapi start lewat). Aku rase excited sangat nak gi event ni sebab aku dapat tau my hawt girls sume join the event. Sarah, Gwen, Hakak Ira n Becky...But it turns up Becky xdatang on dat day...rasa hampa sekejap sebab aku mmg teringin sangat nak jumpa Becky. Slalu dgr cite psl dia tapi tak pernah bersua.
Hakak Ira, Me & Sarah...
Gwen & Hakak Ira
Hakak Ira & Me
There was 5 finalist dat had been selected among 300+ applicants yg ade. Sarah Hodger, Karen Chong, Marlene Lim, Zucca tan and Asye Nur. Kitorang bajet Sarah yang akan menang sebab dia nmpk mcm foreigner n dia sorang aje contestant yang nampak tinggi. Yang lain tu...hmmm...kire kategori agak rendah la sedikit daripada Sarah tu.

Bile keputusan diumumkan, sume mcm terkedu sekejap. The winner was Asye Nur..mmg rasanya mmg di luar jangkaan sume la kot? But who care...kan?dia pun pretty jugak!

Aku mmg enjoy gile on dat day melayan Sarah n Hakak bergossip n gelak mcm orang gila dgn Gwen. Hamboi...Sarah kalau dapat bercerita mmg tak hengat!Cite dgn gaya tu yang tak bole blah tu!Mau pecah perut aku dok gelak!Adoyaiii...sayang Gwen balik awal on dat day. Tak sempat nak take pics the 4 of us...
My outfit of d day

Wednesday, November 16, 2011

AIM 18

0 comments
Sabtu lepas (12 Nov 2011), aku berpeluang gi AIM 18 yang diadakan dekat Stadium Putra Bukit Jalil dengan hakak. Thanks to Abg Suparman sebab bagi tiket kat kitorang..Upper tier seat pun boleh!kami redah aje...kan kak?

Hmmm..kalau ikut dalam tiket tu..masa start at 7.00 so dengan excited nye aku dengan hakak gerakla ke stadium seawal 6.15pm. Berkat skill pemanduan 'gadis litar' hakak tu..maka kitorang sampai sana xsampai setengah jam pun!(Ladies..dont try dis ok?). Dah siap2 beli fishball cucuk n keropok keping wit lime ice kat stall tepi jalan tu..kitorang pun gi la beratur nak masuk kat pintu masuk utk 'kelas2 atasan' tu...

Mak aiihhh!!!aku ingatkan kitorangla yg paling awal sampai..xsangka plak dah bjuta manusia dah dok beratur depan pintu masuk tuh! So nak tak nak..tpaksa la kitorang join the queue...

Hmmm...aku xtau silap kat mana,the tix wrote event tu start kol 7.00pm, but until 8.00pm the door still closed. Dah bermacam - macam bau dah aku bole hidu time queuing tu n macam2 kerenah aku tgk time tu. Hmmm...orang cakap aku suke camwhoring kan..tapi believe me...aku jumpe a group of camwhore people yg lbh kritikal daripada aku! Hohohoho...hakak geleng2 kepala aje tgk dat group. "Children nowadays..."katanye!

The event was hosted by Dato' AC Mizal n Zizan. Good combination! But the event was not so merry rasanye...

Was so happy to know that Yuna won d Kembara Award n hmmm...many more. Hakak was so happy because Anuar Zain pun menang besar gak malam tu...

Apa2 pun...thanks kat Suparman sebab bcoz of him we wont be there :)

Thursday, August 18, 2011

Berbuka Puasa wit My BFF

2 comments

My BFF sejak kecik lagi...

Cuti Nuzul Quran semalam aku g kuar lepak dgn Cik Amal Yummy. Opppsss...dah xbole pggil Amal Yummy lg dah!nnt dia sentap lg mcm semalam!hohoho...(rileks la beb..Yummy mksud aku refers to ur assets la...hohoho)

Jumpa Amal kat The Curve seawal jam 3ptg. Aktiviti mundar-mandir sekitar The Curve bermula dengan program mencari mascara, eyeliner dan BB Cream Amal. Aku rekemenkan kat Amal jenama MaxFactor but it ends up dengan mascara Maybelline from Watson. Eyeliner plak aku bagi aje kat Amal. So dia tak payah susah2 n bazirkan duit dia beli a new eyeliner. Kebetulan masa tu dalam handbag aku ade 1 eyeliner terpakai...
Amal di makeover mgunakan d latest edition mascara..

Aku dimakeover jugak..tapi last2 haram jadah beli product dia!

Then kitorang g jalan2 kat Daiso. Teman Amal beli barang2 umah. Sebelum melangkah masuk kat pintu masuk Daiso tu aku dah ckp dah kat Amal..."kalau dah masuk Daiso ni dari takde niat nak beli ape2 pn mesti terbeli jugak ape2.Takkan kuar dengan tangan kosongnye lah!". Haaa..mmg aku makan balik kata2 aku. Aku kuar dengan beli bakul sampah kecik color pink wit polka dot.

Mundar-mandir tanpa hala tujuan sampai la masa nak berbuka puasa dah nak sampai. Tengok aje jam dah pukul 6.50pm, kitorang terus gerak ke Little Penang tapi kecewa sebab taukey LP tu cakap table tu sume dah fully booked.

So kitorang g la cari mana2 kopitiam utk alas perut. Target nak makan kat LP mesti diteruskan. So bajet g sana lagi after solat maghrib n after lepak kopitiam. By dat time mayb la LP tu dah lengang ckit. So kitorg g la lepak kat Tenshi no Cafe. Cafe ala2 jepun. Waitress2 kat ctu sume dressup ala2 anime and dorg sgt kawaii dengan mekap tebal dan bulu mata palsu. Sempat lagi kitorg jd member kat cafe tu!hohoho...

Setel solat sume..kitorg terus melangkah ke LP and akhirnya..lepas jugakla rasa gian nak makan assam laksa n char kuey teow LP (tapi standard dia mcm dah down!).
Then, kitorg g Ikea plak. Amal teruskan lagi perjuangan dia nak mencari barang2 umah. Hmm...banyak jugakla dia shopping kat Ikea tuh.

Hajat dihati nak makan Tutti Frutti kat Kota Damansara, tapi pusing punye pusing...tak jugak jumpa jalan nak g Kota Damansara. Hohoho...sian Amal...

Monday, August 8, 2011

2 comments


On 6th August 2011 tu aku tak jadi ikut Abg balik Kuantan sebab nak celebrate bday Baman. Celebrate bday tu skali dengan Anne.

Actually Anne yg dah plan nak surprise bday party utk Baman. Celebrate simple2 aje pn...gi makan kat Nandos Alamanda (Baman yg request nak mkn Nandos) dan potong bday cake..

Tak kesahla meriah tak meriah event tu pun...tapi keinginan dan kesungguhan orang tersayang nak meraikan bday kita tu yang penting,kan?
Happy Bday Baman...Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... Insyallah. Kak Parah luv u, adik :)

Friday, June 24, 2011

The BodyShop & Glam Heart 2011

0 comments
It's a Glam Walk baby...YEAAAHHHH!!!

Last week, on 18 Jun 2011 (sama date dgn bday Eti) aku terbabit sama dgn dis event. Sumenye sebab Hakak Rock la nih!Hohoho...i blame it on u,hakak...n Gwen too sebab hasut i jugak! jahat tau u two!

But the event is successful! We really had a good time catwalking around Pavilion wit our signboard n balloons on our right hand (Gwen was on d left...kidal kot minah nih?). Hmmm...xsangka rakyat Malaysia sgt2 supportive utk join skali dis walk. Kellllaaassss la rakyat Malaysia! Yang datang bukan takat muda2 belia aje...yg tahap mak bapak aku pun ade join gak!TERBAEK!

The goodies bag yg kitorg dpt pn not bad gak laaa...worth RM 100 n its from BodyShop n a bottle of twister juice yang kitorg bedal time makan dinner kat Food Republic after the walk.
Muka si penghasut dan si penggoda yg cun!
3 of us were havin fun together
Rase macam tak sabar nak attends any events wit dis two wacky ladies laaa...haiyaaaa...
 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template