Wednesday, February 29, 2012

Meeting JKuasa Keselamatan KLIA

1 comments
This is my 1st time of joining this kind of meeting since I'd been transfered to this Unit.

Bukan aku tak pernah pun join meeting keselamatan...dulu time aku keje kat MP aku pernah kot g meeting penguatkuasaan anjuran JPM. Meeting dalam bilik kebuk yang kalau kene bom or tembak,mmg takde ape2 lah! Memang safe sgt2 la!Meeting plak dengan ketua2 pengarah dari macam2 agensi penguatkuasaan yang ade kat Malaysia. Aku la satu2nya perempuan yang ade time meeting tu yang gred paling rendah yang dok gantikan bos aku.

Alhamdulillah..meeting kali ni aku rase mcm takde la nak cuak sangat mcm 1st time aku attend meeting kat JPM dulu. Everything goes well..and I was not the only lady who become the committee..Masuk aku, ade la 4 ladies yang attend. (2 budak practical, 1 frm KDN & 1 frm Farmasi).

Kalau meeting penguatkuasaan dulu aku kamcing dengan setiausaha-setiausaha JPM tu, tapi kali ni,sorang setiausaha pun aku tak kenal.Sume muke serious..tak berani nak tegur dowh! Macam nak makan orang pun ade!

p/s: aku rindu kat committee2 meeting penguatkuasaan dulu...kami dah mcm keluarga dan dorg sume treat aku mcm ank dorg...

Tuesday, February 28, 2012

Bersama Cik Amal

0 comments
Ahad lepas (26/2/2012) aku datang melepak kat umah Cik Amal di Sungai Buloh. Hmmm...dah lama aku tak gi Sg.Buloh. Makin maju dah Sg.Buloh sekarang ek?Dah banyak dah building2 baru dah naik since my last visit.

Dan seperti biasa, bermacam2 jenis makanan Cik Amal sumbat kat aku. Cik Amal mmg sangat pandai memasak dan dia sangat rajin memasak! Bertuahlah sape yang dapat dia nih..Aku sampai2 aje, dia dah prepare kan aku kopi o dgn smoked salmon sandwich. Waaaahhh..terharu gile seyh! Atas dapur plak dia tgh masakkan aku nasi daging claypot! Hebat tak? Memang keje aku makan aje la aritu...

Tghari tu, kitorang g tapaukan makcik & Acip McD. Sebelum sampai umah, kitorang singgah jap bagi Miranda mandi. Waaaahhhh...my Miranda looks so pretty dan sangat suci murni!

Semangat betul Cik Amal ajak aku layan cite Azura 2012 yg dia baru dload. Tengok tak sampai separuh aje...bosan!

Dari Azura, terus dia switch on dia nyer Wii. JOM JOGET!!!!

Berjogetla kitorang dari 1 lagu ke 1 lagu depan tv tu sampai petang. Hohoho...lg layan kot dari cite Azura 2012! Penat tapi best! Menari tak hengat sampai tangan aku pun dah jadi lenguh sampai laaa ni!

p/s: Nasib baik aku pun berjoget sama...kalau tak, mmg pics Amal berjoget dah masuk dah dlm post aku kali ni!hohoho...

Friday, February 24, 2012

0 comments
Pagi tadi time dok makan bfast kat pantry, member2 ofis aku yang join makan tu dok cakap2 pasal ceramah agama kat FAMA.

Ntah macamana, tergerak plak hati aku nak join ceramah tu. Pelik kan? Biasa bile ada ceramah-ceramah agama, tak pernahnye aku beriya-iya nak i...tapi kali ni, aku plak yang dok ajak2 member2 ofis yang lain g skali dgr.

Jam 10pg, kitorang terus bertolak ke Bangunan FAMA. Penceramah pada harini berasal dari Pattani dan bahasa yang digunakan beliau sudah bercampur-campur dengan dialek Kelantan dan Indonesia. Menurut cerita beliau, beliau telah banyak merantau untuk mempelajari dan menyebarkan ajaran Islam dan Alhamdulillah...pada hari ini, Allah S.W.T memberi hidayah kepada Aku untuk menerima ilmu yang disampaikan oleh beliau dengan hati yang lapang.

Pada akhir pembelajaran pada pagi itu, beliau membacakan doa dan meminta kami semua untuk sama - sama berdoa supaya apa yang dihajati akan tercapai. Pada saat doa itu dibacakan, fikiranku hanya teringatkan ma ayah dan keluargaku dan mereka2 yang rapat denganku.

Semoga doaku didengari oleh-Nya dan dimakbulkan...

Amin...

Thursday, February 23, 2012

Seminar Gagasan 1Msia

0 comments
Tahniah kpd diri sendiri sbb terpilih utk menjadi wakil utk dengar Seminar Gagasan 1Msia kat hq harini..masuk aku,11 org drp ofis aku join dengar taklimat tu.

Mana2 program yang blangsung kat hq mmg aku suke sgt..yela,dpt jumpe mbr2 ofis lama,kan?sapa xsuke..

Bfast aku arini ditaja oleh Aloy kat Cafe Pakcik OKU..makan berempat dengan Papa Hairul & Zali..
Masa aku sampai dewan tu,ceramah dah start pun.Penceramah pertama dan kedua masing2 drp Negeri Kelantan dan dua2nya pun ahli perniagaan yang pernah berkhidmat dgn Biro Tatanegara..

Alhamdulillah..aku makin jelas mengenai gagasan ini dan paling penting skali..ALHAMDULILLAH..AKU TAK TERLELAP sepanjang program tu!

Habis aje program tu n selesai lunch, aku terus ke Alamanda n skali lagi aku beli cat kuku..hohoho
Balik2 umah terus cat kuku..

Tuesday, February 21, 2012

Happy Birthday Hakak Ira pt.2

0 comments
The celebration did happened at Tony Roma's Mid Valley...Thanks to Hakak Lily yang membelanja kami. This is the first time I met her and tetibe rase mcm nak nyanyi sambil menari lagu Lovestruck yang Hakak Ira suke tuh la tu jugak!hohoho...My God!she's pretty like Hakak Ira,man!(Kepada jejaka2 di luar sana yang masih single dan sedang mencari pasangan hidup, sila hubungi saya utk mengetahui lebih lanjut mengenai hakak2 saya yang hot ini,ya?
Thought it was gonna be like a SATC hangout wit 4 hot ladies, but it turns up to be like a Powerpuff hangout! (Hohoho...ok, Powerpuff tu dah mcm tlampau kanak2 sgt..Charlie's Angels hangout sounds better!). Sarah couldnt make it because her mother was unwell. Hmmm..kecewa sikit la sbb tak berapa nak SATC..tapi xpe la! CA pun CA laaa...howt babes gak tu kan?(yang hot babes tu hakak2 i aje,ek?excluding me...)











Amboiii...bile dah masing2 bkumpul, jadi macam2 la gossips yang kuar n of course la table kitorang yang paling banyak gelak! Gelak plak bukan jenis yang jenis gelak2 ayu..mmg 1 bar tu pun bole dengar! Hohoho...

Thanks to Abg2 TR yang datang reramai bawak bday cakes sambil menyanyi Bday Song utk Hakak Ira, especially brader yang byk melayan karenah kitorang bertiga nih! Hohoho...u guys mmg best la!
Thanks Abg TR sbb tolong snapkan pic gediks kami...

Monday, February 20, 2012

Happy Birthday Hakak Ira

0 comments
Aku rasa mcm excited sangat harini sebab...

Today is my beloved Hakak Ira Bday!!!!
Gonna celebrate it tonight wit d ladies!Yeaaaayyyyyyy!!!!

SATC hangout tonight yawwww!hohoho...
More stories will be updated after the hangout ;)

p/s: aku bole agak mcm mlmni byk aje gossips will b told!hohoho...

Friday, February 17, 2012

Nasi Kukus Ayam Berempah

0 comments
Tiada apa yang menarik pun menu makanan tengahari aku pada hari ini. Cuma sehiris timun yg dibelah dua, ayam goreng berempah dan nasi kukus yang dibungkus dengan daun pisang. Rasanya pula tawar...

Namun, perasaan gembira dan bersyukur setelah janji lama dapat ditunaikan dan perasaan gembira melihat warga2 ofis di sini menikmati makanan yang sama melebihi segalanya...

Terima kasih pada kalian yang telah meluangkan sedikit masa untuk mendoakan saya...semoga kita sama2 mendapat keberkatan daripada-Nya...

Thursday, February 16, 2012

0 comments
Thanks buddy for making me browsed more about duckface & opened all my previous photos just to make sure the duckface in me...

Click here in case u dont know what the meaning and a clear picture of how it may look...















Duckface vs. rabbit grin!

p/s: Betul ke rabbit teeth bole wat muke korang nampak mcm itik?

Monday, February 13, 2012

Katy Perry - The One That Got Away

0 comments

Cerita si gadis mengenai si jejaka yang dahulunya pernah mewarnai kehidupan si gadis tersebut...

Cuaca Kehidupan

0 comments
Hidup di dunia bagaikan satu perjalanan, dan di sepanjang langkah perjalanan itu,pelbagai cuaca dan bencana yang akan menemani kita...Cuaca dan bencana ini juga akan mempengaruhi langkah perjalanan kita ke garisan penamat. Cahaya matahari membantu kita menyuluh haluan kita,namun jika cahaya itu semakin terik...kita akan berteduh sejenak di bawah pohon rendang...dan pabila awan tebal meredupkan sinaran itu, kita kembali meneruskan langkah perjalanan itu. Awan semakin menebal dan kemudian datang pula titisan-titisan hujan membasahi tubuh kita. Tidak..emak sudah berpesan, jgn dicari pohon yang rendang itu untuk berteduh tatkala hujan dan kilat sabung-menyabung. Sebab terdesak, kita berlari-lari mencari tempat persinggahan. Ahhh..di situ ada sebuah pondok tetapi ianya usang. Tapi tidak mengapa..walaupun atapnya bocor, tetapi ia mampu berbakti juga untuk kita. Titis demi titis dan akhirnya air ini bertakung dan terjadi lah banjir...dan kita semakin lemas dan lemas dan kita cuba berpaut pada objek yang dapat membantu kita untuk terapung. Pautan demi pautan...dan sekiranya pautan itu memang kukuh, maka perjalanan kita boleh diteruskan walaupun dengan sedikit bantuan...tetapi sekiranya pautan itu rapuh,maka berakhirlah sudah perjalanan kita itu dengan sebuah tragedi lemas...


Saturday, February 11, 2012

Kelas Menjahit

0 comments
Asalannya nak pergi start belajar menjahit dengan Kak Yana..dah siap call ma dah bagitau sume tu..

Pastu ma bole plak kuarkan idea..."Ajakla Put2..sambil2 kamu belajar menjahit tu,bole dia memasak utk korang!". Terus aku call Put2 pastu n tak sangka dia pun on gak! Call Eti dia pun cakap nak dtg gak...tapi lewat sbb pagi tu dia mengajar.

Cehhh...aku cakap kat Put2 konon2 nak datang awal pagi tadi nak teman g beli barang2 dapur skali dgn Kak Yana sekali...tapi dah ralit2 minum teh o dengan bakso pagi tu, sudahnye dah nak pukul 11.00 pagi baru la aku sampai umah abang...

Dan jangkaan aku memang tepat! Arini aku tak belajar pun menjahit! Seharian dok makan2 dan melayan dak nakal Cha-Cha. Adoiiii...hyperaktif betul dak kecik sorg nih!

Lunch kitorang arini ikan selar masak kicap, sayur campur, ayam goreng yang di marinate & sotong celup tepung. Simple tapi best..Moment makan beramai-ramai dengan adik beradik tu yang wat jadi sedap sebenarnye! Dessert pulak makan red velvet cupcakes yang Kak Yana wat.

Orang lain yang cakap nak datang, orang lain plak yang muncul! Abis makan, Eti tak jugak sampai..rupe2nye dia dah cancel plak cakap xdapat nak join. Haihhh...ganti plak dgn Baman yang kebetulan bangun awal utk g kerja malam ni...

Petang tu abg bawak Miranda pergi mandi & dia tolong belikan perfume utk Miranda...Dan sekarang Miranda sgt cantik dan HARUM!!!!sukenye saye...nnt nak beli earrings, necklace n more acessories utk Miranda plak!
Red velvet cupcakes yg Kak Yana wat mmg ohsem!
Playful lil' Cha2

p/s: Hujung bulan ni, kite beli sunnies...ek Miranda sayang?hohohoho...

Friday, February 10, 2012

2012

0 comments

Macam dah lama aku tak update blog nih!


Too bz with my works, upgrading myself and all..


Sampaikn cerita pasal Miranda aku pun aku tak masukkan lagi...


Who's Miranda?


Surprise surprise...


Nnt aku cite ok?


Masih tak terlambat lagi kot utk aku wish korang sume...HAPPY NEW YEAR!!!!


 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template