Tuesday, March 30, 2010

Di'tagged' oleh Lady Awin

4 comments

Makaceh kpd cik Lady Awin kerana mengetag saye, ek? Nak jawab tag secepat yang boleh...tapi bz memanjang + tak berapa sihat kebelakangan ni...

1. Siapakah anda di rumah?

Anak kedua drp 6 adik beradik, kakak yang sulung, tapi anak yang paling tak matured dlm keluarga...hihihhh

2. Siapakah diri anda di samping rakan?

the tallest among the 6 members of 6 jahanam dan pandai simpan rahsia.

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai?

- Jadi jutawan muda

- mempunyai company sendiri

- melancong ke seluruh negara

- ade kete volkswagen

- bermastautin di luarnegara, especially UK, US & Japan

4. Siapakah nama pasangan anda?

Adam Chong

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.

  • amik berat pasal aku
  • matured
  • punyai minat yang sama cam aku
  • 'gila-gila'
  • suka bagi comment pasal penampilan aku. Dgn erti kata lain...dia adalah fashion consultant aku. hihihhihi....

6. Bila tarikh anda couple?

Tak ingat...hmmm...bulan 7 tahun 2006 rasenye...

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Bergaduh sambil bertumbuk-tumbuk sampai lebam n luka...hihihihi...ye,kitorang mmg ganas :p

8. Lagu tema cinta anda?

Menanti Sebuah Jawaban from Padi.

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Menjadi muslimin yang dikasihi Allah dan menyayangi apa yang aku sayang...

10. Tag 10 rakan ada yang lain.

Friday, March 26, 2010

Emcee

1 comments

Aku tak kesah pun kalau orang nak suruh aku jadi emcee untuk sesuatu event...tapi...

TOLONGLAH...jangan wat decision untuk pilih aku time last-last minute...BOLEH?

Wednesday, March 24, 2010

Haji R yang Emo

3 comments

"Haji bad mood arini..." sume orang die nak marah...Pagi2 lagi die dah tengking Haji Man & Sazali pasal benda yang kecik. Siap halau dorang keluar bilik lagi....

Sumenye sebab Haji R sedih di atas pemergian abang kandungnya pada 23 Mac 2010 yang lalu... Innalillah...

Monday, March 22, 2010

Beautiful Blog Award

4 comments


"Terima kasih...terima kasih...syukur alhamdulillah saya berjaya menang award pada malam ni. Saya ucapkan terima kasih kepada mak bapak serta adik - beradik saya yang banyak memberi sokongan kepada saya sera, kepada pengarah, krew -krew producer yang bekerja keras untuk menjayakan filem ni dan tak lupa kepada para peminat saya yang banyak menyokong saya...bla bla bla..."


Ceh, ayat cam baru menang Grammy Award daaa....Tapi ape2 pun, aku sangat2 happy sebab this is the first time aku menang award sepanjang aku berkecimpung dalam bidang blogging nih...Beautiful Blog Award plak tuh! Memang beautiful la awek yang bagi award ni kat aku...I Love u babe...MMMuuuAAAhhh!


Ni adalah pantang - larang yang patut diikuti bagi pemenang - pemenang award nih...


Thank the person that give u award... n linked that person...- Misz Uthe & Bella


Sebarkan kepada 15 blogger yang selalu anda skodeng dan rasa blog mereka sangat hebat...(ayat diubahsuai bagi menyedapkan jalan cerita...)


Dan pemenang - pemenangnya adalah...


Lady Awin

Lalalovy

Queen Lyana

Cik aiLebiu

Yatie

Sweetforest

Meyya

Jee Yunus

Aisyah AR

Cek LaLa

Leily Ummi Alya Husna

Hentak Belipat

Argentum nitrat

Bintang

Aily


hello them..n tell them that they received d award.. - insyallah -

state 7 things about yourself :
  • Giler pink;

  • Giler kat Adam nya...;

  • Suke barang2 makeup dan suke mekapkan orang;

  • Sangat suka bershopping dan mempunyai tabiat shopping yang tak baik...

  • Anak kedua daripada 6 adik beradik...tapi paling tak matured dlm keluarga;

  • Fail bab hafal jalan...

  • Tak suka dengan kerja sekarang dan sangat bercita - cita besar (angan2 Minah Jenin...)
p/s : thanks Misz Uthe & Bella ...nanti bagi lagi ek? hihihihih...

















Sunday, March 21, 2010

RM 100 Melayang

2 comments
Bought a new hp last Friday sebelum jumpe Sunny and pulang balik hp tu kat kedai tu balik today (xsampai pun 48jam) sebab function tak brape baik seperti yang dikatakan.

Tapi tak dapat pulangan duit seperti yang asal aku keluar. Kurang RM100....Cheish!!!! Dan paling tak sedap sekali, kene tegur ngan Adam sebab beli tak survey dulu...Main beli ajer...

Friday, March 19, 2010

Sunny The Hairdresser

0 comments
Kursus hari ni abis awal dalam kol 12 tghari. Aku tak se'skema' Liza utk balik semula ke ofis.... Faktor nak masuk menghadap Haji R di kala petang yang indah ni, lagi menguatkan semangat aku utk ponteng keje.

So, aku balik rumah. Takkan balik rumah, tido? Takde life la plak...Cium -cium bau rambut...MASHAMNYERRRR!!!!cam dah 10 tahun tak cuci rambut!

Ape lagi, terus aku bergegas gi jumpe hairdresser yang sgt2 cool & lesbo (i think! sbb semacam aje time dia urut aku)...SUNNY! I NEED A HAIRCUT & A HAIRWASH!!!!!


Jom kite gi jumpe Sunny, nak tak?

Monday, March 15, 2010

Eti Bertunang

2 comments
Kepada Cik Eti jika anda membaca blog ini...

"CONGRATULATION sebab dah disunting oleh org Perak pada 14 Mac 2010 semalam!"

hihihihihi....

Friday, March 12, 2010

Nak Menyampuk ke Tak Payah?

3 comments

Dulu2 En. Zali pernah citer kat aku yang Haji R marah kat dia pasal En. Zali menyampuk mintak senarai nama untuk kursus yang Haji R nak wat time Haji R tengah sibuk bermesyuarat.

Tadi Haji R call hp aku time aku tengah beli lunch sebab tak tunjuk kat dia surat yang nak bagi kat Dato' KP pasal perjawatan kat Unit aku. WTF! orang tua tu tengah sibuk berbincang dengan Haji Man time aku nak tunjuk draf surat tu, so aku blah la dulu wat keje lain. Pas Haji Man keluar, aku try cari Haji R sebab nak tunjuk surat tu kat dia, tapi bilik dia dah gelap! Bukan salah aku.... Haji R marah sebab aku tak menyampuk time dia tengah berbincang dengan Haji Man! APE KES?

Tuesday, March 9, 2010

Ahli Baru

5 comments
Selama aku bekerja sebagai kakitangan kerajaan, aku tak pernah berhajat pun nak join Kelab PUSPANITA. Tapi kali ni, aku kalah jugak ngan 'api hasutan' Fai.

Pagi tadi ade Annual Meeting Puspanita kat Jabatan aku. Sebelum aku breakfast sampai la aku abis makan bfast, Fai dok hasut2 aku join meeting tu. So, nak tak nak, aku ikut jugak laa....aku, Fai, Liza, Wan n a few more officemate aku yang lain gi sama2.

Masa aku mula2 masuk bilik meeting tu, aku dah rasa semacam aje...Rata2 yang datang sume jenis makcik2 yang anak 5 dan nak pencen. Time awal meeting tu plak, serius aku cakap...BORRRRIIIING GILER, ok?rase macam nak blah jer....aku tengok Fai...Fai dah wat muke...tapi kitorang kuatkan jugak la 'keimanan' kitorang utk tunggu sampai dorang abis wat laporan.

Bile sampai perlantikan AJK baru, kitorang pun ape lagi...tanpa segan-silu mulalah tunjuk taring n belang masing2. Tak de maknenyer nak control ayu ala2 awek melayu yang bersopan - santun dan ala2 nak tapi malu tu.. Kesudahannya, aku n Fai dilantik sebagai AJK Ceramah & Kursus, Liza dilantik jadi qariah & Wan plak dilantik jadi penterjemah ayat al-quran. hihihihi...padan muka kitorang! Tu la....sape suruh cakap banyak!

Sunday, March 7, 2010

Seat Keta Baru

4 comments

Cute tak baby nih? Now this is what I call cute! hihihihi....

Sebab rindu kat budak kecik ni, aku sanggup datang lepak dan drive pagi2 buta kat rumah abang aku semata-mata nak main dengan budak kecik ni. Hihihihi...nasib baik budak tu tak menjerit tengok aku cam mase mula2 dia tengok aku dulu. Hihihihi....

Dan kebetulan plak time tu adik2 laki aku, 'Baman' & 'Bang Jerk' ade kat rumah. Dorang ajak aku gi tengok seat keta (sambil mengepau duit aku time aku tengah pokai). Kitorang turun sampai ke Kampung Melayu Subang. Lawatan tengahari tu tak mendatangkan sebarang hasil, tapi Bang Jerk dah ade target.

Petang tu, aku tengok Bang Jerk cam tak senang duduk. Aku slow talk ngan die sambil 'bakar2' adik aku utk beli. Dan kesudahannya, petang tu, kitorang turun sekali lagi kat Subang dan hihihihi...aku rase malam ni adik laki aku tido kat dalam keta!
(Calon2 yang bakal tido dalam keta)
(Bakal jadi penumpang setia keta Bang Jerk)

Friday, March 5, 2010

Meeting Bahagian Bil.2/2010

0 comments
Kalau dulu aku ngan member-member ofis aku yang ngok-ngek dok panggil Haji R 'ayah tiri'aku, sekarang aku boleh dengan bangga n hepinya memanggil Haji R 'ayah'.

Semalam time meeting, Haji R jadi wakil aku utk bagi announcement n give a talk pasal FM. Shukenye....dia juga tolong backing aku time bos cakap 'aku nampak rileks...'. WTF! Kepala uban ko la...yang selama ni aku dok balik ofis lambat tu sebab wat keje sape? Yang dok call hp aku suruhwat tu wat ni time aku tgh bercuti tu keje sape?Sesuke ati aje dia nak kata aku nampak rileks! APPPADDDAAA....

Owh...Meeting semalam penuh dengan lawak 18SX n meeting semalam habis lambat. Huhuhu...rosak minda aku...

Wednesday, March 3, 2010

Haji R Bapak Aku?

6 comments
Aih...sekarang bertambah lagi sorang yang nak jadikan @ anggap aku 'anak' dia. Kali ni plak dengan Haji R, orang yang paling aku tak expect akan anggap aku sampai camtu skali.

Pagi tadi dia panggil aku menghadap dan macam biase, dia akan membebel pasal kerja aku. Ade2 aje yang dia tak puas hati dengan aku. Haji R suruh aku ubah personaliti jadi seorang yang disegani yang tegas n garang (nak turunkan ilmu garang kat aku la tuh!). Dia bagi tempoh sampai 2/5/2010 ni utk aku berubah which is aku rase agak mustahil sbb aku bukan jenis yang suka arah2kan orang dan aku bukan jenis suke marah2 staf aku. Selalunya kalau aku rase bengang, aku akan pendam dan tulis dalam diari @ blog aku n sumtimes aku akan mengadu kat Adam. Tapi pas ni...korang dah boleh nampak bayang2 Haji R kat dalam diri aku pasni...hehehe...(gelak ala2 jahat).

Time aku dah nak blah dari bilik Haji R, aku pas kan MC aku kat Haji dan dia nampak no.k/p aku dan dia pandang aku. Dia tanya aku dah baope lama aku bekerja n interview aku macam2. Then dia cakap, "awak ni macam anak saya...sebaya. Saya memang dah anggap awak macam anak saya dan kalau saya marah2 tu, awak anggapla macam saya marah nak mengajar anak,".

Hhhmmm...ok. "Dengan ini secara rasminya, saya nak umumkan bahawa bilangan bapa saya sudah bertambah...". Tapi my real dad is the best! Luv u dad...

Tuesday, March 2, 2010

Ponteng

3 comments
Aku pun tak paham sampai bile la aku nak buang habit buruk aku nih! Dari student, sampai la dah ade career, still tak berubah... Asyik nak memonteng ajer...

Semalam aku sakit perut. So, aku plan hari ni aku nak ponteng (hihihh...ape kaitan,ntah???). Faktor bestbuddy aku, Fai bercuti hari ni lagi menguatkan semangat aku utk tak datang keje arini...Awal2 subuh lagi, aku dah call KC aku, Haji R nak bagitau die yang aku EL hari ni. Die tak reply...so aku anggap die ok la tu...

Bagi nak elak cuti aku berkurangan, aku gi jumpe personal doktor aku hari ni utk dapatkan consultation dari doktor dengan harapan die dapat ubah habit buruk aku nih...hihihhi....

Kepada readers yang still study...u all jangn jadi cam akak Pinklady,ok? Nanti tak de masa depan!
 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template