Wednesday, November 30, 2011

Ma...

0 comments
Aku rase...sejak ma dah pencen, ma tak pernah datang KL sensorang. Biasa ayah mesti ade skali. Gi mana2 pun mesti berdua dengan ayah.

Ntah macamana kali ni, ma datang KL sensorang. Asalnya ma turun KL sebab nak jumpe Mak Teh kitorang yang menetap kat Sarawak tu last weekend. Ma bertolak sensorang dari Kuantan ke KL naik bas ekspress Jumaat (25/11/2011) aritu jam 3.00 ptg.

Baman amik ma kat Terminal Bas Kajang ptg tu dan terus bawak ma gi pasar malam yang dekat2 dgn terminal tu. Waaahhh...sakan betul ma aku shopping kat pasar malam tu!Barang2 kat Kajang ni murah katanya...

Dan sepanjang weekend tu, aku habiskan masa aku dengan ma aku. Terasa seperti di Kuantan dan hidup terasa lebih terurus. Tiap2 malam tdo dengan ma (moment to be missed) dan bawak ma gi shopping. Bawak ma g MidValley, Gardens, EconSave, Pasar Malam Kajang n umah abg. She seems to be very happy dis whole weekend. Aku pun rase seronok gak bile ma ade kat sini.

Dan pagi ni...seawal 4.00pg lagi aku dah bangun dan bersiap2 utk ke Sepang. Awal bukan kerana nak ke pejabat..tapi sebab nak anta ma balik ke Terengganu. Flight ma jam 7.00pg.

Sekarang ni aku dah rasa mcm sumthing missing...sedey pun ade gak nih!
"I HATE SAYING GOODBYE TO MY PARENTS..."

p/s: da promise kat ma nak bawak dia gi spa nxtime dia dtg KL!hohoho...anything for u mum

Tuesday, November 29, 2011

Lelaki Penipu! pt.2

0 comments
Haaa...amek ko! dah sampai part 2 dah aku wat entri pasal bedebah nih!

Story pasal d same mamat yang aku penah tulis dalam entri aku sebelum nih ----> http://konspirasicuriga.blogspot.com/2011/06/lelaki-penipu.html

Scene kali ni kat Ali Cafe, tempat yang Tina pernah bawak mamat ni makan time depa dating dolu2.

Mule2 tu...aku dengan Tina tgh syok2 makan malam kat situ sambil mencuci mata. Amik port baek punyer (sbb dapat ushar mamat2 ensem yg mkn kat table yg dkt dgn entrance restoran tu).

Tgh dok2 ushar, aku perasan ade sepasang merpati sejoli masuk kat restoran tu. Awek tu pakai baju pink n balak dia pakai green shirt n a cap. Ntah macamana time tu aku n Tina dok pandang couple tu serentak n aku perasan Tina genggam erat lengan aku. Dengan kuasa sepantas kilat Flashman,mamat yang tadinya saling terpandang dengan kitorang terus cabut dari restoran tu meninggalkan awek yang berbaju pink tu terkial-kial sorang2 cari table yang strategik jugak (nak ushar mamat ensem jugak lettew...). Aku mcm pelik dgn keadaan tibe2 tuh!"Eh..pandangan kitorang nih menyengat sangat ke sampai mamat tu boleh blah terus daripada restoran tuh?"

Aku xtau macamana perasan Tina time dia cakap kat aku..."itulah mamat sial SA tuh!" kat aku. Tapi aku yakin dalam hati dia penuh dengan amarah dan aku rasa kalau time tu xda sapa2...mau dia belasah mamat sial tu sampai mati kot! Pelik macamana dia bole still duduk tenang saja tanpa wat apa2 kat mamat tu. Memang bukan Tina yang aku kenali laaa...Mamat baju ijau tu tgk table kitorang mcm ternampak hantu! Lintang-pukang ko lari tinggalkan restoran tu ek?hohoho...Memang pengecut nak mampus dan tindakan dia mmg betul2 nampak mcm budak2 kecik yang bersalah yang cuba nak lari daripada cikgu disiplin sbb kantoi bawak majalah playboy kat sekolah!hohohoho...so IMMATURED!!!!

What a coincidence!!!awek tu amek table yang betul2 kat belakang table kitorang. Elok aje awek tu labuh bontot dia kat seat blkg table kitorang, tibe2 henpon awek tu berdering. Memang dah bole jangka la kan sape yang call! Pas abis bcakap dengan fon, awek tu terus blah daripada restoran tu dengan perasaan frust la kot! (sebab xdapat nak join kitorang ushar mamat ensem).

Apa2 pun...aku memang betul2 kagum dengan ketabahan Tina dalam menghadapi situasi macamni dengan tenang eventhough aku tau dalam hati dia mmg berapi-api tunggu nak meledak mcm gunung berapi kat Krakatoa tuh! Siyes kagum kat wanita macamni.

Sabar Tina...Allah akan balas segala perbuatan mamat bedebah tu and ko akan dapat ganjaran daripadaNya...mungkin ganjaranNya tu berlipat-ganda...


Friday, November 25, 2011

Fail Meja

4 comments
Terasa mcm bongok aje bile aku plak yang kene wat fail meja staff2 bawah aku!

Eh? Sape yang boss ni?

Aku masuk kat ofis ni xsampai setahun n tak berapa nak nak expert sgt psl keje korang, tapi aku plak yang kene failkan n rangka sume kerja-kerja uols selama ni!

Hmmm...tak pa laaa. Ma aku cakap..."nak wat sesuatu tu biar ikhlas..."

So...hadapi lah dengan senyuman
(mcm tajuk lgu Indo la plak!)

Semalam pas dinner KFC (not my fav fastfood), g la cari dvd...konon2nye nak stay up wat keje n lyn dvd bile ngantuk. Tapi bile da layan xsampai pun 1 movie tu..aku bole belasah tdo sampai ke subuh! Sudahnye...fail meja staff2 aku tak terbuat.

Haih~ nampak gayanye dis weekend n dis cuti Awal Muharram ni aku terpaksa pulun habis2an la nih!

p/s: Usaha Tangga Kejayaan...

Senyuman orang yang separa ikhlas wat keje

Thursday, November 24, 2011

Sakit perut

0 comments
Semalam amik mc sbb sakit perut...

Immortals Movie

0 comments
Last night aku tgk movie ni dgn Eti & Dafi kat GSC Alamanda. Depa yang ajak aku gi tengok movie ni. Hmmm...maybe ni kire macam bday treat utk aku la kot!

Thanks to Eti & Dafi for the movie and thanks 4 d popcorn n d coke drink :)

Movie ni bagi aku menarik jugakla...macam tengok movie 300 pun ade. Aku memang suke tengok movie yang related dgn kedewaan Greek mcm Zeus, Athena, Poseidon, Medusa etc. Tambahan pulak actress dlm movie ni Freida Pinto. Haaa...lagi la aku suke,kan?

Keluar2 daripada cinema tu ntah macam mana la aku bole terhantuk kat 1 tiang kat luar Alamanda tu. GEDENGANGGGGG...gile kuat kot bunyi hantukan tuh! Otak aku pun rase mcm bergegar aje time tu.Tapi aku teruskn jugak berjalan. Malu seyh...tapi bole wat bodo aje...Sambil2 tu aku gosok2 la kepala aku. Dalam hati dah abis tiang tu aku sumpah seranah!hohoho...

p/s: Lain kali kalau berjalan jgn dok khusyuk sgt belek henpon!

The Female Cover Model Search Final 2011

2 comments
Sebabkan event ni aku sanggup apply cuti seminggu awal sebelum 'd day' (22/11/2011)...

Disebabkan event ni jugak, aku sanggup perabih duit utk wat hair treatment kat saloon (actually mmg dah sampai tempoh utk wat treatment pun!). Punye la bersemangat waja aku nak join the event la kan?hohoho...

The event was held at G Six Club at The Gardens at 7.30pm (tapi start lewat). Aku rase excited sangat nak gi event ni sebab aku dapat tau my hawt girls sume join the event. Sarah, Gwen, Hakak Ira n Becky...But it turns up Becky xdatang on dat day...rasa hampa sekejap sebab aku mmg teringin sangat nak jumpa Becky. Slalu dgr cite psl dia tapi tak pernah bersua.
Hakak Ira, Me & Sarah...
Gwen & Hakak Ira
Hakak Ira & Me
There was 5 finalist dat had been selected among 300+ applicants yg ade. Sarah Hodger, Karen Chong, Marlene Lim, Zucca tan and Asye Nur. Kitorang bajet Sarah yang akan menang sebab dia nmpk mcm foreigner n dia sorang aje contestant yang nampak tinggi. Yang lain tu...hmmm...kire kategori agak rendah la sedikit daripada Sarah tu.

Bile keputusan diumumkan, sume mcm terkedu sekejap. The winner was Asye Nur..mmg rasanya mmg di luar jangkaan sume la kot? But who care...kan?dia pun pretty jugak!

Aku mmg enjoy gile on dat day melayan Sarah n Hakak bergossip n gelak mcm orang gila dgn Gwen. Hamboi...Sarah kalau dapat bercerita mmg tak hengat!Cite dgn gaya tu yang tak bole blah tu!Mau pecah perut aku dok gelak!Adoyaiii...sayang Gwen balik awal on dat day. Tak sempat nak take pics the 4 of us...
My outfit of d day

Wednesday, November 16, 2011

AIM 18

0 comments
Sabtu lepas (12 Nov 2011), aku berpeluang gi AIM 18 yang diadakan dekat Stadium Putra Bukit Jalil dengan hakak. Thanks to Abg Suparman sebab bagi tiket kat kitorang..Upper tier seat pun boleh!kami redah aje...kan kak?

Hmmm..kalau ikut dalam tiket tu..masa start at 7.00 so dengan excited nye aku dengan hakak gerakla ke stadium seawal 6.15pm. Berkat skill pemanduan 'gadis litar' hakak tu..maka kitorang sampai sana xsampai setengah jam pun!(Ladies..dont try dis ok?). Dah siap2 beli fishball cucuk n keropok keping wit lime ice kat stall tepi jalan tu..kitorang pun gi la beratur nak masuk kat pintu masuk utk 'kelas2 atasan' tu...

Mak aiihhh!!!aku ingatkan kitorangla yg paling awal sampai..xsangka plak dah bjuta manusia dah dok beratur depan pintu masuk tuh! So nak tak nak..tpaksa la kitorang join the queue...

Hmmm...aku xtau silap kat mana,the tix wrote event tu start kol 7.00pm, but until 8.00pm the door still closed. Dah bermacam - macam bau dah aku bole hidu time queuing tu n macam2 kerenah aku tgk time tu. Hmmm...orang cakap aku suke camwhoring kan..tapi believe me...aku jumpe a group of camwhore people yg lbh kritikal daripada aku! Hohohoho...hakak geleng2 kepala aje tgk dat group. "Children nowadays..."katanye!

The event was hosted by Dato' AC Mizal n Zizan. Good combination! But the event was not so merry rasanye...

Was so happy to know that Yuna won d Kembara Award n hmmm...many more. Hakak was so happy because Anuar Zain pun menang besar gak malam tu...

Apa2 pun...thanks kat Suparman sebab bcoz of him we wont be there :)

Friday, November 11, 2011

8/11/2011

0 comments
Ada apa dengan tarikh nih?

Mungkin tarikh ni tarikh yg paling pekerja2 kat Malaysia ni tak berapa suke sbb dah kene start masuk kerja lepas dah bercuti Hari Raya Aidiladha tahun ni...

Tapi bagi aku, tarikh ni kire tarikh yang mungkin aku tak dapat lupekan sebab pada tarikh tu aku terlibat dengan kemalangan Jalanraya kat km 308.2 highway Sg.Besi (dekat dah dengan Serdang). Mungkin jugak tarikh ni adik aku Aiman akan ingat sampai bile2 sebab dia jugak berada di dalam insiden tu..

Masa tu, aku n Aiman otw nak balik Kajang lepas dah dropkan Arifah kat Klang Lama. Masa kejadian tu, kitorang naik kete Myvi baru Eti yang keluar lepas raya puasa baru2 nih (masih panas lg tuh!).

Dah siap isi minyak kete Eti kasi penuh n beli poweroot 2 tin yang Eti pesan tu kat Shell, kitorang pun xcited la nak teruskn pjalanan. Dah tak jauh dah tuh! Rase dlm 15min da bole sampai.

Ntah tak semena-mena, time kitorang ade kat lane paling kanan, sebuah lori balak yang ade di lane tengah menghimpit masuk lane kitorang tanpa memberi isyarat. Aiman tekan brek tapi disebabkan tindakan pemandu lori terlalu drastik n terlalu dekat dengan kete kitorang, so secara tak langsung kami berlanggar dan kete kami menghimpit divider di tengah jalan. Habis kete Eti calar n kemek kiri kanan. Pemandu lori tersebut terus memecut lorinya setelah menyedari keadaan tersebut dan terus mininggalkan kami yang masih trauma di tengah2 jalanraya tersebut.

Aku bersyukur dalam keadaan sebegitu,masih ade lagi yang masih mengambil berat pasal kami. Arifah & Joe datang. Mama n papa Joe pn ade dtg jugak. Abg yang time tu masih kat ofis lagi terus datang dan rakan yang pada hari tu baru sampai umah dari kampungnya ada jugak memberi sokongan moral kat aku.

Terima kasih kalian...

 

♥Lola is My Other Name♥ Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template